Gara2 Jual Tanah Pusaka. Anak Mintak Penjarakan Ibu Sebab Bengang Motosikal Digunakan

Sayu Jual Tanah Pusaka. Anak Mintak Penjarakan Ibu Sebab Bengang Motosikal Digunakan | Bayangkan anak yang penat dikandung selama 9 bulan akhirnya bertukar menjadi ‘tanggang moden’ apabila sudah meningkat dewasa. Bagai sukar diterima, namun sikap anak-anak yang bertindak derhaka kepada ibu ayah mereka bukanlah kali pertama didedahkan. Beberapa hari lalu di sekitar daerah Lombok Tengah, Indonesia, seorang ibu seakan-akan menanggung rasa makan hati yang sukar dibayangkan dengan akal selepas dia hampir dipenjarakan zuriat sendiri.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Duit jual tanah dapat RM60,217 tapi bagi mak RM4,517 je

Jika anda menyangka wanita itu ada membuat jenayah besar, ketahuilah sesungguhnya tafsiran sedemikian adalah salah belaka. Menurut laporan daripada portal Kompas.Com, anak lelaki berusia 40 tahun berkenaan nekad membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati motosikal mereka digunakan saudara lain. Terdahulu dia dikatakan menjual tanah pusaka milik ayahnya bernilai RM60,217, namun hanya RM4,516 sahaja bahagian yang diserahkan kepada si ibu.

Polis sanggup keluar duit supaya anak minta ampun dengan ibu

Dengan nilai yang tidak seberapa, wang sama telah dilaburkan untuk membeli motosikal. Atas dasar mahu berkongsi kemudahan pengangkutan, si ibu ada memberi izin kepada saudara mara lain untuk menggunakannya sekali. Malangnya ia mengundang rasa tidak puas si anak yang sudah lama mempunyai konflik dalaman dengan keluarganya sendiri. Tidak dapat menerima laporan bersikap melampau itu, pihak polis telah memberikan ‘tazkirah’ agar lelaki terbabit tidak menyakiti perasaan syurganya.

Sumber : Portal Kompas.Com, Oh Bulan & YouTube Tribunnews

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Don’t Foget To Follow Fanpage And Subs Youtube Channel Admin
Fb – Madara Army
Yt – Madara Amry