“Gay̷at, Y̷ang Dud̷uk Perak Tahulah” Vir̷al Peng̷antin Ikut Ad̷at Banj̷ar, Siap Dius̷ung Atas B̷ahu

Tak dinafikan, ada segelintir masyarakat pada hari ini masih berpegang teguh dengan adat resam terdahulu terutamanya ketika melangsungkan perkahwinan.

Baru-baru ini, sepasang pengantin tular di media sosial apabila video mereka mengadakan majlis perkahwinan mengikut adat resam orang Banjar menarik perhatian.

Pengantin baru diusung atas bahu

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang wanita dikenali sebagai Hadayati di TikTok, memaparkan kedua-dua pengantin mengenakan busana berwarna biru muda dilihat diusung di atas bahu ahli keluarga kemudiannya diturunkan untuk bersalaman.

Wanita berkenaan mengakui bahawa dia berasa agak gayat ketika diusung di atas bahu dan ia merupakan adat yang diamalkan oleh generasi suku Banjar di Perak.

Sumpah gayat. Yang duduk Perak tahulah.

Walau bagaimanapun, nenek kepada wanita berkenaan tampil menjelaskan mengenai adat orang Banjar dan mereka perlu mengikut adat yang telah ditetapkan oleh suku Banjar Alai.

Yang ini memang keturunan Banjar. Kami orang Banjar lain. Kalau tak buat memang akan ada yang pengsan. Kalau mandi pengantin (upacara) boleh buang, yang berjulang ni kami tak boleh buang.

Kami bukan Banjar Keluak tapi kami Banjar Alai.

Video berdurasi 46 saat itu meraih lebih 1.5 juta tontonan dah mendapat lebih 84 ribu tanda suka di TikTok.

‘Kalau tk buat salah seorang akan pengsan’

Sumber : ohbulan

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini