Hajat Isteri Mengidam Tertunai, Suami Tebalkan Muka Tulis Nota Minta Mangga

Akhirnya Hajat Isteri Mengidam Tertunai, Suami Tebalkan Muka Tulis Nota Minta Mangga | Fasa ‘mengidam’ tak kiralah makanan atau apa saja merupakan situasi biasa dialami oleh kebanyakan wanita hamil. Malah demi isteri tercinta yang sedang sarat berbadan dua, apa sahaja sanggup dilakukan oleh si suami. Sama seperti kisah tular mengenai seorang posmen yang sanggup menebalkan muka meminta buah mangga daripada penerima bungkusan pos bagi memenuhi keinginan si isteri.

Salam tuan rumah, boleh saya minta buah mangga? Isteri mengandung..

Menurut Mohammad Zulhelmy Ibrahim, dia menulis nota tersebut di atas bungkusan barangan pelanggannya yang tinggal di Taman Kinrara, Puchong pada Selasa lalu dengan harapan dapat menunaikan hajat isterinya yang kini hamil 7 bulan. Hal ini kerana, wanita berkenaan pernah berkata teringin untuk menikmati mangga fresh selepas terlihat pokok buah berkenaan.

Ada nota balasan siap dengan 6 biji mangga di rak kasut..

Bagaimanapun, isterinya enggan buah mangga dibeli di kedai sebaliknya mahu yang dipetik segar dari pokok. Percubaan Zuhelmy akhirnya berhasil apabila dia menerima nota balasan daripada pemilik rumah berkenaan menyatakan sudah memetik dan menyimpan buah yang diinginkan itu di dalam plastik.

Gembira sangat dapat makan buah segar, jarang jumpa tuan rumah berhati mulia..

Sementara itu, Afrah Wan Sulaiman mengakui gembira saat mendapat tahu suaminya membawa pulang mangga yang diidamkan. Dia yang dijangka melahirkan cahaya mata sulung pada November depan turut berterima kasih kepada tuan rumah berkenaan di atas pemberian tersebut.

Sumber : Harian Metro, Twitter crimin4lminds

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Sosial Media!!
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry