Hajat Mahu Sarungkan Cincin Tak Sempat, Mentua ‘Aj4l’ Sehari Sebelum Majlis Nikah

Sayu Hajat Mahu Sarungkan Cincin Tak Sempat, Mentua ‘Aj4l’ Sehari Sebelum Majlis Nikah | Jodoh, ajal dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Sebagai hamba-Nya, kita hanya mampu menerima ketentuan tersebut dengan hati reda. Meskipun hakikatnya bukan mudah untuk menelan perit kehilangan insan tersayang secara tiba-tiba. Samalah seperti yang dialami oleh pengantin baru ini apabila keluarga pihak lelaki terlibat dalam sebuah nahas jalan raya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Walaupun tragedi berlaku sehari sebelum kita nikah.. Kita tunaikan juga hasrat ibu yang terakhir

Menerusi perkongsian duka itu, wanita yang dikenali sebagai Nuna telah menceritakan tragedi menyayat hati menimpa keluarganya. Menurut Nuna, ibu mentuanya iaitu Baniyah Mustam bagaimana gagal diselamatkan selepas terlibat dalam sebuah nahas jalan raya. Meskipun bersedih dengan pemergian ibu mentuanya, namun kedua-dua mereka tetap akur meneruskan majlis pernikahan pada keesokkan harinya demi memenuhi hasrat terakhir wanita terbabit.

Tarikh bermakna, tapi sayang ibu tak sempat sarungkan cincin di jari..

Kongsi Nuna, dia dan suami telah memilih tarikh 27.7.2020 untuk melangsungkan majlis pernikahan sempena usia masing-masing saat pertama kali kenal. Manakala bulan Julai pula membawa maksud tujuh kali pertemuan kedua-duanya. Bertambah sedih lagi apabila ibu mentuanya tidak dapat menyarungkan cincin pada hari pertunangan iaitu malam sebelum pernikahannya.

Rehat ye ibu, kakngah akan cuba yang terbaik untuk jaga anak ibu..

Sejak tragedi tersebut, Nuna berjanji untuk menjadi isteri yang terbaik untuk menjadi suaminya. Dikongsi sejak semalam, perkhabaran duka yang dikongsikan menerusi laman Twitternya nyata meruntun jiwa ramai. Di samping menzahirkan ucapan takziah, rata-rata mereka turut memberi semangat agar suami isteri ini tabah menghadapi ujian tersebut.

Sumber : Twitter villagechick, Facebook Buletin TV3

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Sosial Media!!
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry