Hanya Berjumpa 2 Jam Lepas 3 Bulan Tak Balik, Anak Nangis Rindukan Ayah Askar

Sempat Berjumpa 2 Jam Lepas 3 Bulan Tak Balik, Anak Nangis Rindukan Ayah Askar | Kata orang, anak perempuan memang rapat dengan bapa. Pantang berjauhan lama sikit, mulalah sedih sebab rindukan ayah. Pahit untuk ditelan, namun demikian jugalah hakikat yang perlu dilalui oleh anak-anak berbapakan seorang prajurit negara. Seperti diketahui ramai, seorang askar itu terpaksa berpisah jauh dan mungkin itulah dilema kerinduan yang dirasakan sebuah keluarga ini setelah lama tidak bersua muka.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Singgah jenguk keluarga di rumah, sempat merasa naik trak dengan ayah

Melalui video milik @cikfaa_official di TikTok, akhirnya suami kepada wanita yang hanya dikenali sebagai Cik Faa datang singgah untuk menjenguk keluarganya. Rindu yang tersimpan selama 3 bulan telah terubat terutama sekali bagi anak perempuannya yang masih kecil.

2 jam 25 minit bagaikan tak cukup, anak terus menangis lepas ayah kembali bertugas

Akan tetapi, tempoh perjumpaan 2 jam 25 minit itu terasa begitu singkat sehinggakan si kecil itu bagaikan tidak rela melihat bapanya pergi kembali meneruskan khidmat. Baru sahaja mengucapkan selamat tinggal, kanak-kanak perempuan itu mula merengek dan menangis. Akhirnya, dia tertidur dengan air mata yang masih tersisa setelah dipujuk oleh ibunya.

@cikfaa_official

3bulan punya rindu. Terubat 2jam 25minit. Semoga jadi anak yang solehah dan kuat kesayangan

♬ Surrender – Natalie Taylor

Sabarlah… Ayahmu pergi berjuang demi bangsa dan negara

Secara keseluruhannya, video berdurasi 40 saat itu mendapat lebih 500 ribu tontonan setakat ini. Di ruangan komen pula, ramai netizen yang memujuk anak kecil berkenaan supaya menjadi kuat dan sabar. Mereka juga sempat berkongsi pengalaman masing-masing yang terpaksa berjauhan dnegan ahli keluarga kerana tugas.

Sumber: TikTok cik_faa official

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Sosial Media!!
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry

_______

1. Rasulullah pernah berpesan bahawa setiap suap yang diberikan oleh suami kepada isteri akan mendapat ganjaran di sisi Allah. Sabda Nabi:

وَلَسْتَ تُنْفِقُ نَفَقَةً تَبْتَغِى بِهَا وَجْهَ اللَّهِ إِلاَّ أُجِرْتَ بِهَا حَتَّى اللُّقْمَةُ تَجْعَلُهَا فِي فِيّ امْرَأَتِكَ

“Dan tidaklah kamu memberikan nafkah dalam mencari keredhaan Allah melainkan semuanya akan dibalas dengan pahala. Sehinggakan setiap suap yang disuapkan ke dalam mulut isterimu (juga akan diberi pahala). (HR Muslim).

2. Malah membelikan hadiah buat isteri juga dianggap sebagai amalan yang terpuji. Sadina Amru ibn Umayyah pernah membeli sepasang kain. Seorang sahabat bertanya, apa yang kamu lakukan kepada kain tersebut. Amru lalu menjawab:

تصدقت به عَلَى سخيلة بنت عبيدة ، وكانت امرأته ، وَقَالَ : سمعت رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يقول فِي الصدقة : ” الصدقة عَلَى الأهل صدقة

“Aku telah hadiahkannya kepada isteriku Sukhailah bint Ubaydah dan dia berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda: Sesungguhnya sedekah (hadiah) kamu kepada ahli keluargamu akan diganjari pahala sedekah. (HR Abu Ya’la).

3. Ini kerana duit yang diusahakan untuk menyara sebuah keluarga mereka adalah sebaik-baik nafkah di jalan Allah. Sabda Rasulullah:

أَفْضَلُ دِينَارٍ يُنْفِقُهُ الرَّجُلُ دِينَارٌ يُنْفِقُهُ عَلَى عِيَالِهِ

“Sebaik-baik dinar adalah dinar yang digunakan sebagai nafkah buat menyara keluarganya” (HR al-Bukhari).

Justeru, berusahalah menyara keluarga dan berilah hadiah buat isteri. Sesungguhnya ia adalah perkara yang dipuji Allah dan Rasul.

Sumber; Dr Ahmad Sanusi