Hanya Kerana SeEkor Kucing ‘Gila’ Yang Suka Menyerang, Wanita Ini 2 Hari Terperangkap Di Dapur

Seorang wanita mengalami pengalaman buruk apabila dia terperangkap di ruangan dapur rumahnya selama dua hari. Wanita dari bandar Arjangelsk di utara Rusia itu berkata dia tidak dapat keluar daripada dapur kerana kucing “gilanya” menyerang setiap kali ingin melangkah keluar.

Tambahnya, kucing itu akan menjadi marah setiap kali dia cuba untuk keluar dan memaksanya berada di dapur. Kucing tersebut akan mengintai dari koridor dan sekiranya dia cuba untuk keluar, kucing itu terus meluru untuk menyerang.

Walau bagaimanapun, wanita itu berjaya diselamatkan oleh seorang lelaki yang kebetulan berjalan berhampiran rumahnya. Ketika ditemui, wanita itu berada di tingkap dan melambai tangannya bagi meminta pertolongan.

Lelaki tersebut bertindak dengan memanjat pangsapuri itu dan masuk melalui tingkap dapur. Dengan bantuannya, kucing tersebut telah berjaya ditangkap dengan menggunakan selimut. Tiada sebarang kecederaan berlaku dan wanita itu tidak memerlukan bantuan perubatan.

Kucing merupakan haiwan peliharaan manja dan digemari ramai. Walaupun gelagatnya seringkali menghiburkan, namun kucing juga turut boleh memberi ancaman kepada manusia.

Sumber: Mirror UK

Sudah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Kongsi Halaman Media Porta< /a> l Ya.

Jom sertai group ni.. Khas untuk kami kongsikan resepi anda nanti.. InsyaAllah bermanfaat di sana.. TQ
Ingin Sertai –>
Klik Di Sini