Hukum Tahan Kentut Ketika Solat

Hukum Tahan Kentut Ketika Solat? Anda Mesti Tidak Tahukan, Sila Baca | Soalan Saya sering mengalami kentut semasa menunaikan solat dan ini menganggu solat dan wuduk saya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Bolehkah pihak panel memberi apa-apa tips untuk saya mengatasi masalah ini ? Sekian, terima kasih.

Jawapan : dalam persoalan yang berkaitan dengan kentut, ia akan membatalkan wudhu’ dan hal ini juga akan menyebabkan solat yang sedang didirikan terbatal.

Walau bagaimanapun, bagi mereka yang sering terkentut semasa bersolat perlu mengenal pasti terlebih dahulu status kentut yang dialami itu.

Adakah ia kentut yang membatalkan wudhu’ ataupun sebaliknya. Dalam isu ini Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam ada bersabda, maksudnya:

Dari ‘Ubbad bin Tamim dari bapa saudaranya yang bertanya kepadarasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam tentang seorang lelaki yang ragu-ragu di dalam solatnya sama ada dia terkentut ataupun tidak.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam menjawab; “Janganlah ia keluar dari solatnya sehinggalah ia terdengar bunyi (kentut) ataupun terhidu bau”. (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim).

Oleh itu, dalam masalah ini anda perlu kenal pasti sama ada angin yang anda sangkakan kentut itu benar-benar keluar dari dubur anda ataupun berpunca daripada sumber yang lain.

Selain itu, adakah anda terhidu bau yang busuk selepas itu. Jika ada terbau jelaslah bahawa anda telah terkentut dan hal ini telah menyebabkan solat anda terbatal kesan daripada terbatalnya wudhu’ anda.

Namun begitu, jika tidak terbau ini bermakna ia bukannya kentut dan anda boleh teruskan solat tersebut kerana ia bukan kentut. Wallahu ‘Alam.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Tonton Video Di Bawah Ini Sampai Habis

Power la dik

Posted by Fingo on Isnin, 17 Februari 2020

Register disini>> Join Now ,Selepas Join download Apps Fingo