“HumbIe Wal̷aupun Tahu K̷aya” Tak S̷angka Jam Tangan Mew̷ah TokTi Ini Jadi Tumpu̷an Mat̷a Ram̷ai

Jam tangan mewah Richard Mille untuk wanita kini boleh mencecah harga RM1.5 juta bergantung kepada model.

Dato’ Siti Nurhaliza atau lebih dikenali sebagai TokTi kini menjadi tumpuan apabila ada dalam kalangan peminat tajam matanya mengenal pasti harga seutas jam tangan yang disarungkan oleh beliau baru-baru ini

Jam tangan mewah yang disarungkannya itu dipakai ketika beliau hadir ke pertunjukan fesyen rekaan Rizman Ruzaini di Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW).

Menerusi satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna, @tarmizie_official di TikTok, dia mendakwa jam tangan yang dipakai oleh TokTi itu dianggarkan bernilai lebih RM1 juta.

Dalam video berdurasi 16 saat itu, kelihatan TokTi melambai pada kamera telefon pintar teman di sebelahnya sambil kelihatan jam tangan mewah daripada jenama Richard Mille di tangan kanannya.

Jam tangan mewah Richard Mille untuk wanita kini boleh mencecah harga RM1.5 juta bergantung kepada model

Hasil tinjauan harga di laman jualan jam tangan mewah, chrono24.my, jam tangan mewah bertali merah dan bertatahkan berlian itu dianggarkan berharga lebih RM 1 juta.

Sebagai rekod, Richard Mille merupakan jenama jam mewah. Hanya orang berkemampuan saja mampu memilikinya dan bilangan pemilik jam ini juga tidak banyak.

Richard Mille merupakan nama orang yang menciptakan jenama ini dan beliau merupakan seorang watchmaker yang cukup disegani.

Design jamnya berkonsepkan high performance dan teknologi termaju (high tech) yang menampilkan bentuk yang cukup radikal dengan kesempurnaan (perfection) sebagai jam mewah serta hasilnya lain dari yang lain.

“Contoh orang kaya memang kaya tapi tak berlagak” – Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen memuji sikap rendah diri Tokti, walaupun kaya raya beliau tidak riak menayang segala kemewahan yang dimiliki.

Menurut mereka, setakat ini Tokti belum pernah berbangga menayangkan harga-harga barangan mewah yang dimiliki melainkan hasil carian dan kajian oleh peminatnya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 236.3K views, 15.9K likes dan 683 comments di TikTok.

Berikut di bawah antara komen menarik netizen di TikTok:

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Sumber : says Via citermaya