Ibu B̷apa Dah Cerai G̷aduh Di Parkir, Anak Di Tengah Men̷angis Tanpa Henti

Masalah rumah tangga sememangnya kerap kali berlaku dalam perkahwinan. Tidak mungkin perselisihan faham tidak berlaku kerana masing-masing mempunyai sikap serta perangai yang tersendiri lebih-lebih lagi jika sudah berpisah.

Namun, seeloknya janganlah sebagai pasangan yang sudah mempunyai anak untuk bergaduh di hadapan mereka yang masih kecil kerana ia boleh menghadirkan trauma tersendiri dalam diri si cilik itu.

Curang tapi dah cerai?

Walau bagaimanapun, menerusi video yang dimuat naik seorang pengguna Twitter dikenali sebagai imaranmarcella, dia telah berkongsi beberapa video satu pasangan yang bergaduh di hadapan anak kecilnya sehingga kanak-kanak tersebut menangis.

Gaduh dengan bekas suami

Walaupun mereka memaklumkan sudah berpisah, namun hubungan mereka dikatakan sedang berada dalam fasa pemulihan. Akan tetapi, wanita yang merakam video berkenaan memberitahu yang lelaki itu menipunya kerana sudah ada wanita lain.

Vide0:

Masalah rumah tangga tersebut membuatkan anak yang berada di tengah-tengah itu menjadi ‘mangsa’ kerana mendengar ibu dan bapanya bergaduh dan saling salah menyalahkan.

Meraung dalam kereta

Walaupun punca sebenar mereka bergaduh tidak dapat dipastikan, namun apa yang menjadi pemerhatian warganet adalah keadaan anaknya yang menangis melihat semua itu.

Elakkan gaduh depan anak
Mereka turut meninggalkan komen dengan kasihan melihat wanita itu juga kerana dipermainkan oleh bekas suami yang kononnya mahu berhubungan baik dengannya.

Warganet juga menasihati pengguna Twitter tersebut supaya tidak mencampuri hal rumah tangga orang lain kerana tiada kena mengena dengan mereka.

Mak bapak cerai, anak jadi mangsa

Jangan lah gaduh depan anak

Kesian anak tu takut

Terganggu emosi budak tu

Isu apa pun tak faham

Takpayah sibuk hal orang

Sumber: Twitter imranmarcella

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini