Ibu Bapa Tak Pernah Bernikah, Miliki Tujuh Anak Hasil Bersekedudukan,Anak Nak Nikah Berdepan Masalah

PETALING JAYA: Seorang anak terkedu apabila mendapat tahu ibu bapanya tidak pernah bernikah secara sah ketika dia menguruskan proses pernikahan di pejabat agama.

Menerusi video dimuat naik seorang lelaki di media sosial, walaupun pahit untuk ditelan, tetapi itulah yang dialaminya ketika ini.

Video itu menceritakan seorang anak datang ke pejabat agama bagi menguruskan proses perniakahan.

“Saya nak nikah, ustaz, tapi surat nikah mak ayah tak ada. Tapi ayah dah buat surat akuan sumpah.

“Kenapa lah susah sangat pejabat nak bagi orang nikah. Nak suruh kami berzina ke? Nak tanggung dosa kami ke?” Jelas video tersebut.

Individu berkenaan menyatakan pihak pengurusan seperti ingin menyulitkan proses pernikahannya.

Walau bagaimanapun, perkara tersebut berpunca daripada ibu bapanya sendiri kerana gagal untuk melampirkan surat nikah rasmi serta mencetuskan masalah penentuan nasab.

Akhirnya, ibu bapanya mengaku bahawa mereka tidak pernah bernikah dan lebih mengejutkan lagi apabila mereka sudah memiliki tujuh orang anak hasil bersekedudukan tanpa ada sebarang ikatan yang sah.

Lebih menyedihkan apabila ditanya mengapa tidak menyelesaikan masalah berkenaan sejak dari awal lagi, mereka mengatakan tidak tahu bagaimana hendak urus perkara tersebut kerana risau dikenakan denda.

Susulan daripada itu, anaknya perlu ada wali hakim untuk bernikah kerana statusnya adalah anak tidak sah taraf dan ibu bapa kepada individu terbabit juga perlu bernikah.

Jom join group ni.. Istimewa untuk kita share menu masing2 nanti.. insyaAllah bermanfaat di sana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini