Ibu Terk3jut Misteri Anak Sulung Ghaib Dalam Kandungan, Rupanya Dicuri Bunian

Ibu Terkejut Misteri Anak Sulung Ghaib Dalam Kandungan, Rupanya Dicuri Bunian | Kegembiraan apabila disahkan hamil adalah antara moment indah bagi setiap suami isteri. Namun tidak semuanya bernasib baik untuk memiliki zuriat mereka sendiri meskipun sudah sekian lama melayari alam berumah tangga. Malangnya lain pula nasib yang menimpa ibu ini apabila dia dikejutkan dengan berita kehilangan bayinya sewaktu di dalam kandungan.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Berita gembira bertukar tragedi apabila anak dalam kandungan tiba-tiba ‘menghilang’

Misteri alam bunian sehingga kini masih lagi menjadi tanda tanya dalam kalangan masyarakat. Di Facebook, seorang wanita bernama Fadila Amoy berkongsi pengalaman hitam berhadapan dengan gangguan itu sewaktu sedang sarat mengandungkan anak sulungnya. Menurut ibu berkenaan, sewaktu ingin membuat pemeriksaan berkala di klinik dia telah ditegur oleh seorang jururawat mengenai perutnya yang sedikit aneh.

Eh, tak boleh. Awak kena pulangkan, tu bukan hak awak..

Tanpa sebarang prosedur ‘cuci’ rahim dan berpantang, dia kemudian pulang ke rumah orang tuanya bagi menenangkan fikiran. Namun si ibu dapat merasakan sesuatu dan membawanya berjumpa dengan seorang ‘nenek’ yang dikatakan mempunyai ‘ilmu’ berkaitan mahkluk halus. Apa yang mengejutkan apabila nenek berkenaan seolah-olah bercakap dengan seseorang dan meminta untuk memulangkan semula haknya.

Rupanya anak telah diambil bunian. Tapi naluri kuat merasakan anak yang hilang ada dalam rumah ni..

Seakan-akan mahu pitam saat mendengar jawapan daripada nenek berkenaan yang mendakwa bayinya telah dicuri oleh bunian. Meskipun kecewa dengan insiden tersebut, namun puan Fadila tetap reda dengan ketentuan Tuhan selain percaya ada hikmah di sebalik ujian yang menimpanya.

Sumber : Facebook Kelab Cerita Hantu Malaysia (Fadila Amoy)

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Sosial Media!!
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry