Info, Suami Jangan Tahu Buat Anak Saja, Tak Salah Sesekali Ambil Tugas Isteri

Suami Jangan Tahu Buat Anak Saja, Tak Salah Sesekali Ambil Tugas Isteri | Dalam menjalani kehidupan berumah tangga, suami isteri perlu saling melengkapi antara satu sama lain. Apabila kebanyakan daripada kita menyerahkan tugas menguruskan rumah tangga bulat-bulat kepada isteri, akibatnya ada suami yang duduk bergoyang kaki saja. Trend ini sekali gus menyebabkan para isteri makan hati memandangkan tiada langsung sikap tolak ansur.

Anak tu tanggungjawab bersama, jangan biarkan isteri urus seorang diri..

Menerusi perkongsian oleh saudara Firdaus Shakirin di laman Facebook, dia mengingatkan bahawa isteri adalah amanah Allah kepada suami. Maka, kebahagiaan sebuah bahtera perkahwinan itu terletak di tangan ketua keluarga. Memang terdapat ramai wanita sukarela menguruskan kerja rumah dari subuh hingga sebelum masuk tidur. Namun ia bukanlah ‘tiket’ untuk suami lepas tangan begitu saja.

Suami jangan tahu nak buat anak saja…tak salah sesekali jaga & uruskan anak..

Ujar Firdaus lagi, tugas menjaga serta membesarkan anak bukanlah mudah seperti yang disangka. Oleh itu, suami perlulah bertolak ansur dalam membantu meringankan beban dan emosi partner masing-masing. Malah jika mempunyai kesempatan bantulah mereka serta luangkan masa berkualiti dengan anak-anak. Walaupun nampak ringan, perkara ini secara tak langsung dapat menambahkan lagi keharmonian dalam rumah tangga.

Sumber : Facebook Firdaus Shakirin

Nak lagi Cerita Menarik? Subscriber Channel Telegram Min ===> Media Portal

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini