‘Ingat Aku Yang Pergi Dulu, Tapi Allah Lebih Sayang Kau’ Hamid Gurkha

‘Ingat aku yang pergi dahulu, tapi Allah lebih sayangkan engkau.’

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Itu luahan pelawak legenda, Hamid Gurkha ketika mengulas pemergian teman baiknya, Allahyarham Jamali Shadat, 78, yang meninggal dunia di kediaman anaknya di Pulau Indah, Klang, pagi tadi.

Hamid atau nama sebenar, Abdul Hamid Abdul Rahman adalah antara teman seperjuangan arwah ketika memulakan karier dalam dunia seni pada era 1970-an.

Hamid yang uzur dan mengalami masalah pendengaran menyifatkan arwah insan yang sangat baik.

“Saya ralat tidak dapat melawat arwah ketika hayatnya. Saya juga uzur, hendak menziarah di kubur arwah juga tidak upaya.

“Memang tak larat bergerak ke sana-sini, ditambah pula dengan pandemik COVID-19 ini.

“Pada usia 88 tahun ini, ingat saya yang pergi dulu. Tapi kawan rapat saya lebih dulu meninggalkan dunia ini,” katanya kepada BH Online.

Hamid teringat detik susah dan senang bersama arwah yang akrab dengannya.

“Selama kami berkawan, tiada perkara yang arwah buat menyakitkan hati ini.

“Tidak pernah sentap atau bergaduh sesama kami. Saya bersyukur Allah pertemukan sahabat sejati sepertinya,” katanya

Hamid teringat kenangan manis bersama sama ketika mula membina nama.

“Ada kalanya, arwah naik kereta saya menuju ke lokasi membuat persembahan. Begitulah sebaliknya. Arwah tidak pernah berkira.

“Kami sempat rakam album. Tidak silap saya, antara empat atau lima album bersama,” katanya yang menghasilkan album sketsa Jenaka Pilihan Jamali Shadat dan Hamid Gurkha terbitan Life Records.

Selama lebih 46 tahun, Allahyarham mencuit hati ramai dengan jenaka spontan dan komedi ‘stand-up’.

Dilaporkan, Jamali mula uzur sejak pemergian isteri, Allahyarham Lela Yacob akibat serangan angin ahmar, dua tahun lalu.

Jamali mempunyai lapan anak dan 39 cucu.

Sumber:BH ONLINE Via KLMENJERIT

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini