Ini Sebab Jangan Biar Isteri Sebumbung Dengan Mentua, Lebih Baik Duduk Rumah Sendiri

Ini Sebab Jangan Biar Isteri Sebumbung Dengan Mentua, Lebih Baik Duduk Rumah Sendiri | Memang benar kata orang, duduk sebumbung dengan ibu mentua bukanlah satu kehidupan yang dimahukan oleh isteri. Namun atas dasar hormat kepada kepala keluarga, golongan wanita menurutkan sahaja permintaan tersebut. Namun pernahkah anda membayangkan sekiranya memiliki mentua seperti Mak Leha dalam drama ‘7 Hari Mencintaiku 2’? Bukan sahaja menguji kesabaran setiap hari, malahan mungkin isteri hanya akan bermandi dengan air mata dek kerana rasa ‘makan hati’ yang mendalam.

Ceramah ustaz azhar idrus <—– Mohon join telegram Group ini.. dicipta khas untuk kita semua berkongsi ilmu..semoga bermanfaat untuk kita semua

Sibuk ungkit keburukan masing-masing

Mengimbas semula adegan di antara Mia dan juga Mak Leha, mereka berdua ini boleh diibaratkan umpama anjing serta kucing yang wajib bertelingkah setiap kali berjumpa. Bukan sahaja merasa segala benda tidak kena, malahan mereka berdua sibuk mengungkit tentang keburukan masing-masing.

 

 

Bukan sahaja Mia, Sofi juga selalu makan hati dengan Mak Leha

Merasakan Mia bukanlah menantu yang baik, Mak Leha tergamak merancang menjodohkan anaknya Khuzairi dengan wanita lain. Tidak berakhir di sana, malahan Sofi iaitu isteri kepada Helmi juga banyak berkecil hati kerana ibu mentua bermulut lancang itu sering menyebut tentang kekurangannya sebagai wanita yang gagal memberikan zuriat.

Cadangan untuk Khuzairi, pindahlah rumah

Seakan-akan sudah naik jemu dengan krisis yang dipaparkan menerusi rumah tangga Khuzairi, seorang pengguna Facebook iaitu Norshahkang Shuaib ada membuat satu pesanan panjang. Selain berharap Khuzairi dapat membawa Mia berpindah keluar dari rumah ibu mentua, dia sempat berseloroh agar lelaki itu memilih Perlis sebagai lokasi baru tempat tinggal. Menjengah ke ruangan komen, netizen mula bercakap tentang isu menantu duduk sebumbung dengan mentua.

Sumber : Facebook Norshahkang Shuiab

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Sosial Media!!
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry