Ini Sebabnya Dalam Satu Rumah Tak Boleh Ada 2 Permaisuri, Bukan Mahu Abaikan Ibu Bapa

Dalam Satu Rumah Tak Boleh Ada 2 Permaisuri, Bukan Mahu Abaikan Ibu Bapa | Saban tahun, kita dikejutkan dengan berita perpisahan beberapa selebriti tempatan yang mana rata-ratanya baru mendirikan rumah tangga atau mempunyai anak-anak kecil. Antaranya adalah kehadiran pihak ketiga dalam dalam keluarga sendiri seperti ibu bapa atau ipar duai. Isu tersebut juga nampaknya telah menarik minat ramai untuk memberikan pendapat masing-masing seperti perkongsian daripada seorang pengguna Twitter ini.

Dalam 1 rumah tak boleh ada 2 raja & 2 permaisuri…mentua dikira orang ketiga

Berdasarkan pengalaman hidupnya, wanita ini menyatakan kaedah tinggal berasingan dengan ibu bapa kedua-dua belah pihak lebih mendatangkan kebaikan daripada mudarat. Sekiranya mereka mahukan perhatian atau tak sihat sekali pun, maka bolehlah tinggal dekat dengan rumah mereka.

Kalau nak taat, taat pada yang berhak…sebelum jadi taat, jadi bijak dulu

Walaupun perkara ini mungkin kelihatan agak ‘kasar’ bagi sesetengah orang, namun menurutnya amalan seperti ini hanya dapat mengelakkan lagi konflik yang berlaku dalam rumah tangga angkara pihak ketiga. Malah dia turut berpegang pada pesanan ibunya agar sentiasa mempertahankan hak sebagai seorang isteri walaupun syurga setiap anak di bawah tapak kaki ibunya. Dalam pada itu, rata-rata netizen turut bersetuju dengan kenyataan wanita ini selain turut memberikan nasihat agar kita berkenalan betul-betul dahulu sebelum berkahwin.

Sumber: Twitter AisuruHikari

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Sosial Media!!
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini