Inilah Terjadi Bila Abg Bomba Layan 7 Hari Mencintaiku, Aduh Kantoi Nangis

Inilah Terjadi bila Abg Bomba Layan 7 Hari Mencintaiku, Aduh Kantoi Nangis Penangan drama ‘7 Hari Mencintaiku 2’ seolah-olah berjaya merobek emosi rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang apa sekalipun. Apalagi berada dalam penantian episod akhir pada Isnin nanti, masing-masing menjadi tidak keruan apabila rancangan itu tamat bersiaran tepat jam 8 malam. Terbaharu, sebuah video beberapa anggota bomba ketika mereka sedang fokus menonton drama popular tersebut di kaca televisyan telah tular.

Bila Abang Bomba tengok ‘7 Hari Mencintaku 2’…Semua kaki drama

Dikongsikan menerusi aplikasi Tiktok, video dimuat naik oleh pemilik akaun @aremimm sudah berjaya meraih lebih 300 ribu jumlah tontonan daripada netizen. Dapat disaksikan, mereka semua benar-benar menumpukan perhatian kepada babak pernikahan Mia dan juga Khuzairi. Meskipun anggota bomba sering terlihat dengan imej berani persis seorang hero, video ini nampaknya mendedahkan sisi lain diri mereka. Jika diamati kembali, mereka sepertinya begitu syahdu ditambah pula dengan OST sedih nyanyian Tokti berjudul ‘Aku Bidadari Syurgamu’.

@aremimmm

SEMUA KAKI DRAMA 🤣🤣🤣

♬ original sound – Jeff Jefferson – Jeff Jefferson

Aduh kantoi Abang Bomba yang sado menangis petang-petang ni…Muka stress je

Bagi peminat setia drama bersiri ini, sudah tentu anda dapat memahami perasaan sama seperti yang ditunjukkan anggota keselamatan tersebut, kan? Menjengah ke ruangan komen, orang ramai sempat meluahkan rasa lucu melihat wajah-wajah kesayuan Abang Bomba di saat beramai-ramai ‘terpacak’ di hadapan televisyen.

Sumber : TikTok

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Sosial Media!!
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry