Iqbal Tunjuk Terus Slip Gaji Dia Masa Kerja Dengan DSV, Kalau DSV Nampak Pasti Terdiam

USAHAWAN k0ntr0versi Ahmad Iqbal Zulkefli membidas kenyataan Datuk Seri Vida kononnya dia menerima bayaran gaji sebanyak RM50,000 semasa berkhidmat sebagai pembantu peribadi (PA) kepada jutawan kosmetik itu.

Menurut Iqbal, 27, apa yang diberitahu oleh Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman itu adalah satu pembohongan dan tidak benar.

“Mengarutlah RM50,000! Saya dulu permulaan RM1,400 saja, nak naik RM200 pun sampai bergaduh nak kena buang kerja.

“Tahun ketiga barulah RM2,000 lebih. Itupun saya berkerja dari Subuh sampai malam, gaji saya sama sahaja dengan staf lain, bahkan staf lain lebih tinggi… cuma siapa rajin dan kreatif buat sales mereka akan dapat setimpal dengan usaha.

“Tak baik berjanji dan buat macam tu! Nanti orang yang betul-betul mencari kerja berharap nak gaji sebanyak itu,” katanya kepada mStar.

Iqbal yang kini berada di Indonesia turut memberi bukti paparan skrin jumlah sebenar gaji yang dibayar kepadanya setiap bulan.

Pada Selasa, mStar melaporkan Vida menerima hampir 60 permohonan daripada individu yang berminat menjadi PA dengan tawaran gaji RM10,000.

Kata Vida, dia pernah membayar Iqbal sebanyak RM50,000 hingga RM100,000 sebulan semasa berkhidmat dengannya pada tahun 2017.

Dalam pada itu, Iqbal turut mempersoalkan pemilihan calon pekerja dan kriteria yang dinyatakan oleh Vida.

“Apa salah jika PA wanita? Wanita sekarang pun sudah pintar edit video, bijak berniaga dan boleh lakukan semua benda. Tak cukup bagus ke staf yang ada sekarang? Ramai lagi staf yang tak dapat perhatian sepenuhnya.

“Atau mahu PA lelaki bertujuan untuk berjoget lagu hindustan seperti yang pernah dilakukan selepas buang saya dulu? Itu bukan menyakitkan saya tetapi menjatuhkan martabat janda,” ujarnya.

Sementara itu, Iqbal meminta Vida tidak lagi mengaitkan namanya dalam apa jua perkongsian di laman sosial.

“Dia cakap saya selalu sebut nama dia… padahal dah lama saya tak tulis fasal dia tapi dia yang meroyan di Instagram dan TikTok.

“Saya sebolehnya tak nak dah sebut nama dia, tapi dia pula yang tak boleh duduk diam… saya di Indonesia ni enjoy sambil-sambil cari teman wanita. Cukup-cukuplah petik nama saya,” ujarnya.

Sumber:Mstar

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini