Kita Kena Standby Ketibaan Wabak Baru ‘Pneumonia Misterius’ Lebih Teruk Dari COVID-19

Jaga jaga Ketibaan Wabak Baru Pneumonia Misterius Lebih Teruk Dari COVID-19 | Baru sahaja hendak menarik nafas lega memandangkan penularan wabak COVID-19 di Malaysia menunjukkan perkembangan positif, siapa sangka kita perlu sekali lagi bersiap saga dengan kedatangan virus baru yang digelar ‘pneumonia misterius‘. Pastinya ia akan menjadi detik getir buat semua pihak lebih-lebih di negara yang masih bergelut melawan dengan koronavirus. Berita mengejutkan itu mula menjadi perbualan hangat masyarakat dunia sejak semalam lagi.

Rupanya dah ragut ribuan nyawa sejak pertengahan Jun

Disangkakan baru sahaja hendak tercetus, rupanya pneumonia yang tidak diketahui itu sudah meragut ribuan nyawa manusia sejak pertengahan Jun lalu selain mencatatkan 500 laporan. Bagaikan sukar diterima, namun masyarakat berhak tahu bahawa kesan penularan virus baru ini dikatakan berkali-kali ganda lebih teruk daripada COVID-19. Melalui Astro Awani, informasi mengenai penemuan tergampar itu dikeluarkan oleh Kedutaan China di Kazakhstan selepas berlakunya peningkatan bilangan individu positif di sana….

Beberapa kematian melibatkan warga China…Digesa untuk berjaga-jaga sepanjang masa

Sehingga kini, Jabatan kesihatan negara giat membuat perbandingan untuk mendapatkan kajian terperinci mengenai pneumonia terbabit. Terdapat seramai 1,772 yang berdepan kematian selepas menderita situasi radang paru-paru berkenaan dan beberapa orang daripadanya merupakan warga China. Maka, peringatan telah dikeluarkan agar mereka semua sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga sebagai langkah pencegahan drastik.

Sumber : Portal Astro Awani, health detik

Don’t Foget To Follow Fanpage And Subs Youtube Channel Admin
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry