Jika Anda Mempunyai Wang Yang Terkoyak Atau Ros4k,Ini Cara Untuk Menukarnya

Perlukah tukar duit yang telah rosak atau terkoyak? Mesti korang pernah alami situasi di mana bila nak bayar barang di kaunter, kita dapati wang kertas ringgit Malaysia tersebut sudah terkoyak menyebabkan si penjual tidak menerima wang kertas itu kerana dianggap sudah tidak bernilai lagi.

Jadi apa perlu kita lakukan? tukar duit rosak itu? atau buang sebab masih ada nilaikah?

Mungkin pada pandangan kita, ianya sudah tidak ada nilainya lagi jika ianya rosak, perlu anda ambil tahu, jangan dibuang wang kertas itu kerana ianya masih bernilai sekiranya ditukar di Bank Negara Malaysia (BNM).

Dalam perkongsian di laman Facebook BNM, wang kertas yang rosak ini sebenarnya boleh ditukar di mana-mana cawangan bank yang berdekatan tetapi nilai pertukarannya bergantung pada keadaan wang kertas tersebut. Bagaimana hendak tukar duit rosak itu, jom baca perincian dibawah.

Garis panduan pertukaran nilai
Diberi ganti nilai pada hari yang sama
Bagi kes wang kertas rosak yang jelas nilainya, anda akan diberikan ganti nilai pada hari yang sama. Pertama, jika kesan koyakan lebih pada 2/3 daripada saiz asal wang kertas.

Namun, sekiranya wang tersebut kurang 1/2 daripada saiz asal, ianya sudah tidak bernilai lagi.

Selain itu, tidak mempunyai contengan pada potret Seri Paduka Banginda Yang di-Pertuan Agong atau tulisan yang memaparkan slogan politik. Seterusnya, tidak rosak oleh contengan ketara seperti tulisan perkataan, angka dan lain-lain.

Diberi ganti nilai pada tarikh yang lain
Bagi kes wang kertas rosak yang kurang jelas nilainya, bank akan merujuk BNM dan anda akan diberikan ganti nilai pada tarikh yang lain.

1.Mempunyai kesan dakwat
2.Terbakar
3.Dimakan anai-anai

Untuk anda yang ingin ketahui dengan lebih lanjut boleh layari laman web; bnm.gov.my/proper-handling-of-banknotes

Sumber: BNM

Sumber:SiakapKeli

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini