Kalau Lamb̷at Cak̷ap Sebenarnya Tak Normal, 4 Tahun Baru Anak Pulih ‘Speech Del̷ay

Kalau Lambat Cakap Sebenarnya Tak Normal, 4 Tahun Baru Anak Pulih ‘Speech Delay | Secara amnya, seorang kanak-kanak normal sudah boleh mula bertutur atau buat bunyi tertentu sejak usia setahun lagi. Walaupun perkembangan setiap anak berbeza, namun para ibu bapa wajib peka dengan perkara ini kerana berkait rapat dengan faktor kesihatan mereka.

Dulu Megat tiada komunikasi 2 hala…jadi dia akan tantrum

Wanita yang dikenali sebagai Puan Eida Ilham sebelum ini pernah berkongsi tentang kesihatan anak lelakinya yang baru sahaja tamat sesi terapi pertuturan. Sewaktu Megat Iman berusia 2 tahun, kanak-kanak ini tidak mampu untuk memberikan soalan atau jawapan walaupun dia boleh bertutur ABC.

Pakar sahkan anak speech delay & mungkin mild autism…terapi setiap bulan & lepas 4 tahun baru boleh discharge

Dia seringkali menerima respon yang lebih kurang sama apabila memaklumkan kerisauan terhadap perkara ini kepada kenalan terdekat. Gara-gara itu, dia nekad untuk membawa anak tersayang kepada pakar sebelum Megat Iman disahkan menghidap masalah lambat bertutur (speech delayed) serta turut berpotensi hidap mild autism.

Bercakap lambat tu tak normal…jangan sedapkan hati & tunggu mereka boleh cakap

Hasil daripada sesi terapi berikut, Megat Iman bukan sahaja makin lancar bertutur malah semakin aktif berkomunikasi dengan orang lain. Dalam pada itu, Puan Eida turut menyeru ibu bapa di luar sana agar jangan memandang ringan sebarang petanda pelik pada anak-anak. Ujarnya lagi, mereka perlu dirawat segera kerana turut melibatkan soal masa depan mereka terutamanya dalam aspek pendidikan.

Sumber: FB Eida Ilham Via Mediaportal

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini