“Kebesaran Allah”- Sejadah Tetap Kering Walaupun Satu Surau Tenggelam Dalam B4njir Di Pahang

Setakat ini, Daerah Kuantan mencatatkan bilangan mangsa tertinggi diikuti Temerloh, Bentong, Bera, Jerantut, Pekan, Lipis, Maran dan Raub. Penduduk juga tidak menyangka mereka terpaksa mengharungi banjir sebanyak dua kali dalam setahun pada tahun 2021.

Pernah tular sebelum ini tentang keadaan bilik solat yang langsung tidak ‘disentuh’ air banjir walaupon bilik lain di rumah tersebut habis musnah dan dinaiki air.

Kini Allah menunjukkan lagi bukti kebesarannya.
Perkara itu dikongsikan oleh Kamal Abh Irsyad di akaun facebook miliknya yang mewakili NGO Gagasan Pantai Timur dari Besut, Terengganu yang mengadakan Misi Bantuan Pasca Banjir Surau Kg. Sungai Dingin di Mentakab Pahang.

Antara perkara ajaib yang berlaku, surau berkenaan tenggalam dalam banjir, namun hanya satu- satunya sejadah imam yang bersih dan kering tanpa disentuh air banjir.

Subhanallah, apa juga yang terjadi adalah atas izin dari Allah jua. Kita sebagai hambanya hanya mampu berdoa agar dijauhkan segala musibah.

Peristiwa banjir yang berlaku baru-baru ini menunjukkan manusia adalah makhluk yang sangat lemah dan bergantung harap kepada pertolongan Allah SWT.

Peristiwa itu juga bertujuan menguji sikap manusia sebagai orang Mukmin dalam menghadapi ujian-Nya.

Bukan masanya mencari salah dan menuding jari, sebaliknya kita berusaha untuk membantu semampu mungkin mangsa yang terjejas.

Setiap musibah yang berlaku juga adalah peringatan daripada Allah SWT supaya manusia sentiasa mengingatinya, melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Terima Kasih diucapkan kepada semua rakyat Malaysia yang berganding bahu meringankan beban bagi membantu mangsa banjir di Pahang.

Jutaan terima kasih juda diucapkan kepada Skuad Rombongan NGO Besut, Terengganu yang terdiri daripada UMNO dan Gagasan Pantai Timur (GPT). Seramai 60 orang team terlibat termasuk Boss Sani, Abe Kamal, Ustaz Shakir yang turut turun padang membantu penduduk terjejas banjir.

Semoga dipermudahkan segala urusan dan dilimpahkan rezeki.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Kamal Abh Irsyad

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu. . insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini