“Keje Yng Cepat Kaya”, Wanlta Warga Aslng Raih Pendapatan Lumayan Dengan Meminta Sedekah ‘Rm2.3k Dalam Sehari

Pasti ada di antara anda di sini yang pernah melihat atau memberi wang kepada peminta sedekah di jalanan bukan?

Malah, kita boleh lihat mereka ini kini sudah mula meminta sedekah di tengah-tengah jalan raya. Bukan itu saja, ada dalam kalangan mereka juga merupakan kanak-kanak dan kebanyakannya bukanlah oranglah Malaysia sendiri.

Bermodalkan seorang kanak-kanak kecil dan satu bekas kosong, siapa sangka seorang wanita dipercayai warganegara asing mampu menjana pendapatan yang ‘lumayan’ dengan hanya mengutip sedekah.

Perkara berkenaan dikongsikan sendiri oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Muhamad Reza Khalili Khalil, warga asing yang menyamar sebagai peminta sedekah sekitar Seremban, Negeri Sembilan itu berjaya meraih kutipan sebanyak RM2,300 sehari.

“Kaya jadi peminta sedekah, kalah gaji pegawai. Warga asing pakai tudung, menyamar Islam, bila disuruh mengucap, geleng kepala, bila tanya Islam, geleng kepala juga.

“Pendapatan harian mencecah RM2,300, siap ada buku catatan pendapatan harian bagi tahun 2021 dan 2022, agakya warga Seremban pemurah, ya rakyat Malaysia memang pemurah,” katanya.

Mampu raih pendapatan lumayan sehingga RM60,000 sebulan jika dicongak kepada kutipan sehari

Menerusi foto yang dikongsi, wanita ini dilihat sedang duduk di sebuah pasar sambil meriba seorang kanak-kanak mengharapkan belas kasihan daripada orang ramai.

Apa yang mengejutkan, apabila wanita ini turut mencatat jumlah pendapatan harian yang begitu lumayan dan mampu meraih anggaran RM2,000 hingga RM2,300 sehari.

Mengulas lebih lanjut, lelaki ini mendakwa wanita itu juga sanggup menaiki Grab dari Sungai Buloh, Selangor ke Seremban, Negeri Sembilan demi mencari rezeki sedemikian rupa.

“Lepas ini jangan mimpi aku nak bagi sedekah lagi, gaji kau lagi banyak daripada aku” – Netizen

Pendedahan lelaki itu turut mendapat reaksi pelbagai orang awam dengan rata-rata daripada mereka menyifatkan rakyat Malaysia sebagai pemurah.

Malah, perkongsian itu juga telah meraih pelbagai respon daripada netizen yang terkejut dengan pendapatan yang berjaya diperoleh oleh mereka.

Berikut di bawah antara komen menarik daripada netizen di Facebook:

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini