Ken4pa Telor Ay4m Ada W4rna Pvtih & C0klat? Ini Sebabnya

Jika anda seorang yang gemar menonton video Youtube daily vlog dari luar negara, sudah pasti anda perasan bahawa ada masa sesetengah Youtuber menggunakan telur ayam berkulit putih dan ada masanya mereka menggunakan telur ayam berkulit coklat.

Tapi apabila diteliti telur ini sama sahaja penggunaannya iaitu boleh digoreng, direbus atau digunakan dalam apa-apa jenis masakan yang ingin dimasak. Apa yang membezakan dua jenis telur itu hanyalah warna pada kulitnya sahaja.

Namun demikian, jika warna kulit telur ayam itu berbeza, adakah rasanya juga berbeza? Mungkin ramai antara anda yang tertanya-tanya mengapa wujud dua jenis warna kulit telur ini.

Bagi merungkai jawapan tersebut, laman Greatist ada jawapannya.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda bolehlah ikuti perkongsian di bawah.

Beza antara telur ayam kulit putih dan telur ayam kulit coklat
1. Telur coklat lebih mahal
Kedua-dua jenis telur ayam ini mempunyai perdebatan di antara mana lebih berkhasiat dan mana lebih berbaloi untuk dibeli. Tetapi apa yang pasti telur ayam coklat adalah lebih mahal jika dibandingkan dengan telur ayam berwarna putih.

Menurut Greatist, telur ayam coklat dipercayai lebih mahal di pasaran jika dibandingkan dengan telur ayam putih.

2. Baka ayam yang berbeza
Menurut Clint Hickman menerusi Greatist, baka ayam juga memainkan peranan penting dalam menentukan warna telur ayam itu. Secara mudahnya jika ayam itu mempunyai bulu putih, telur yang dihasilkan adalah dengan kulit putih.

Manakala jika bulu ayam yang dilihat adalah berwarna coklat, maka telur yang dihasilkan adalah berkulit coklat.

White Leghorn merupakan jenis ayam dengan bulu putih yang akan menghasilkan telur ayam putih manakala Rhode Island Reds berbulu coklat yang akan menghasilkan telur berkulit coklat.

3. Kandungan nutrisi
Dalam pada itu, sesetengah berpendapat bahawa telur ayam berwarna coklat dipercayai mempunyai kandungan omega-3 yang lebih tinggi. Hal ini menyebabkan ia lebih mahal berbanding telur ayam putih.

Sumber: Greatist

Sumber:SiakapKeli

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini