Kenapa Ada Y̷ang Benci Aku, SiJelita Tawakal Kutip Serpihan Kaca Tengah Highway

Allahu Kenapa Ada Yang Benci Aku, SiJelita Tawakal Kutip Serpihan Kaca Tengah Highway | Sering kita dengar nahas jalan raya berlaku disebabkan kecuaian pemandu. Namun, ada beberapa perkara lain yang boleh menjadi penyebab kepada insiden tersebut seperti keadaan jalan raya itu sendiri. Oleh itu, orang ramai diingatkan agar berhati-hati terutama ketika menyusuri jalan sesak atau highway kerana dikhuatiri tidak menyedari kehadiran benda asing yang boleh merisikokan nyawa.

Ada nampak seorang abang ni bersihkan kaca tengah highway..

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan beberapa pengguna jalan raya sanggup memberhentikan kenderaan semata-mata mahu mengutip serpihan kaca yang bertaburan. Menerusi Facebook AinShaz Juahir, dapat dilihat seorang lelaki telah memakir motosikal di tengah jalan untuk mengalihkan objek yang mengganggu lalu lintas. Atas niat ingin membantu, gadis berkenaan kemudian memberhentikan keretanya juga walaupun sedang sesak.

Posted by AinShaz Juahir on Isnin, 3 Ogos 2020

Terus block dengan kereta risau apa-apa berlaku, aku pasrah je..

Bimbang akan keselamatan individu itu, dia kemudian memberhentikan kereta bagi menghalang laluan tersebut. Meskipun menyedari situasi tersebut agak berisiko, namun Ain hanya bertawakal dan membantu mengalihkan serpihan kaca demi keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Siapa sangka, beberapa pengguna jalan raya yang kebetulan menggunakan laluan sama turut turun dari kenderaan masing-masing untuk membantu mengalihkan kaca ke tepi jalan.

Posted by AinShaz Juahir on Isnin, 3 Ogos 2020

Sebelum ni selalu mengadu, kenapa orang benci aku.. Tapi tak sangka rupanya ada ramai yang berdoa di belakang..

Ain bagaimanapun mengakui tidak menyangka tindakannya membantu individu terbabit menerima respon positif daripada netizen. Tidak kurang juga yang mendoakan kesejahteraan selain terinspirasi dengan tindakan tersebut. Lebih mengharukan apabila doa-doa tersebut diterima pada hari ulang tahun kelahirannya.

Sumber : Facebook AinShaz Juahir

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini