Kerabat Diraja Pun Sambut Hari Lahir Guna Barang MR.DIY, Humble-nya!

Terbaru Che Puan Juliana Sophie Johari Evans atau lebih mesra dikenali sebagai Juliana Evans, memuatnaik hantaran foto keluarga yang menyambut hari lahir suami tercinta di akaun Instagramnya hari ini.

Menariknya hantaran ahli kerabat diraja ini cukup santai dan bersahaja, sambutan hari lahir suami dirai secara bersederhana di kediaman pasangan diraja ini.

Cari Barang Hiasan Di MR.DIY, Ringkas Dan Tetap Meriah
Berdasarkan perkongsian Che Puan Juliana Evans baru ini, beliau mencari dekorasi di kedai MR.DIY sahaja. Meski membeli barang hiasan yang murah, sambutan yang diraikan tetap meriah dan bermakna buat suami tercinta Tengku Shariffudin Shah.

Foto – Instagram Juliana Evans
“Kejutan sambutan hari lahir untuk suami saya di rumah malam tadi berjaya! Macam biasalah dekorasi semua beli dekat kedai kegemaran kami MR.DIY saja. Harap kamu menyukai sambutan yang ringkas sayang.” Kongsi Che Puan Juliana Evans di Instagram

Bagus betul, walaupun ahli kerabat diraja tetapi sangat merendah diri dengan mengadakan sambutan hari lahir yang serba sederhana.

Dan sekaligus dapat mengajak orang ramai untuk berjimat cermat, jika ingin mencari barang dekorasi bagi merai sambutan hari lahir kesayangan!

Sudah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Kongsi Halaman Media Porta< /a> l Ya.

Jom sertai group ni.. Khas untuk kami kongsikan resepi anda nanti.. InsyaAllah bermanfaat di sana.. TQ
Ingin Sertai –>
Klik Di Sini