Kerajaan Cadang Beri Kebenaran Rentas Negeri Bertemu Keluarga Bagi Yang Lengkap 2 Dos Suntikan -TPM

Kerajaan sedang memperhalusi cadangan membenarkan pasangan atau keluarga jarak jauh yang telah lengkap dua dos vaksin C0VID-19 merentas negeri bertemu keluarga.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau sering membawa isu itu dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya kelonggaran bertemu keluarga dapat dipertimbangkan.

“Sebagai seorang bapa, saya sedar betapa pentingnya institusi kekeluargaan itu kepada manusia.Walaupun atas faktor keselamatan, ibu atau bapa tidak sepatutnya terpaksa berpisah dengan anak-anak dalam tempoh yang terlalu lama.

“Lebih-lebih lagi jika ibu bapa berkenaan sudah pun menerima dua dos vaksin,” katanya menerusi muat naik status di media sosial.

Beliau memberi reaksi berkenaan susulan komen-komen yang diberikan warganet di media sosial yang menyuarakan keluhan pasangan jarak jauh atau ibu bapa yang terpisah dari anak-anak kerana Iarangan merentas negeri.

Ismail Sabri sebelum ini berkata kelonggaran kepada penerima dua dos vaksin C0VID-19 akan diumumkan selepas Hari Raya Aidiladha.

Ketika ini, jelas beliau kajian teliti sedang dilakukan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin C0VID-19 (JKJAV) sebelum dibentangkan kepada kerajaan.

Sumber dipetik dari Xtra, Awani, Facebook Ismail Sabri Yaakob

Kredit: Mytv Viral

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini