Konon Syok Dakap & Bau Bantal Busuk Kesayangan, Tak Sangka Rupanya Sarang Bakteria

Konon Syok Dakap & Bau Bantal Busuk Kesayangan, Tak Sangka Rupanya Sarang Bakteria | Walaupun lusuh dan berbau masam, namun ia seakan sudah menjadi satu tangkal azimat bagi sesetengah orang untuk tidur lebih nyenyak. Tidak kira besar atau kecil saiz bantal itu, hakikatnya ia tidak pernah dicuci dan semakin lama ‘aromanya’ itu membuat si pemilik bertambah sayang. Malah memiliki ‘khazanah’ istimewa ini bukanlah satu perkara pelik meskipun sudah berumah tangga.

Bantal busuk sebenarnya boleh jadi sarang bakteria jika tak dicuci dengan bersih..

Namun begitu, ada beberapa perkara yang perlu diambil peduli mengenai risiko bantal busuk ini. Menerusi perkongsian HelloDoktor, bantal busuk sebenarnya menjadi sarang bakteria sehingga mengundang kepada alergik yang mungkin mengakibatkan simptom seperti mata merah, gatal, hidung berair serta gangguan pernafasan.

Mampu merisikokan nyawa kanak-kanak..

Dalam pada itu, kulat yang wujud pada bantal busuk boleh menyebabkan seseorang individu terbabit mengalami gangguan tidur atau pernafasan terhenti ketika sedang tidur. Lebih teruk lagi apabila ia boleh menyebabkan kematian mengejut khususnya buat golongan kanak-kanak. Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) berlaku akibat bahagian muka tertindih dengan bantal.

Boleh mengakibatkan jangkitan kuman & pertumbuhan jerawat serta jeragat..

Malahan bantal busuk yang tidak dicuci dengan baik serta kerap boleh membawa kepada masalah jerawat dan jeragat. Selain itu, bakteria Bacteroides pula boleh mengakibatkan jangkitan radang paru-paru dan apendiks.

Sumber : HelloDoktor

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Sosial Media!!
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry