Konon Urat Dan Rahim Kembang Minum Air Sejuk, Dr Amalina Akhirnya Tampil Bersuara

Konon Urat Dan Rahim Kembang Minum Air Sejuk, Dr Amalina Akhirnya Tampil Bersuara | Sebut sahaja proses selepas bersalin, sudah terbayang segala pantang larang nenek moyang yang menjadi kepercayaan kebanyakan para ibu. Antara pantang larang yang sering mendapat perhatian adalah wanita selepas bersalin normal tidak digalakkan untuk mengambil ais kerana kononnya boleh menyebabkan urat dan rahim menjadi kembang. Namun sejauh manakah kebenaran tentang hal ini?

Rahim tu macam sponge ka boleh serap air senang-senang?

Prihatin dengan isu ini, Dr Amalina Che Bakri tampil memberi jawapan ‘pedas’ mengenai kemelut tersebut menerusi laman sosialnya. Dalam pada itu, pakar ini turut memuat naik beberapa paparan yang mendakwa bahawa tindakan minum air sejuk boleh memudaratkan kesihatan wanita selepas bersalin.

Apa yang dimakan & diminum akan masuk ke sistem pencernaan bukan ke rahim..

Tegas doktor tempatan yang sekarang berpangkal di UK ini, tiada bukti saintifik dalam bidang perubatan yang menunjukkan minuman sejuk boleh menyebabkan rahim menjadi kembang. Hal ini kerana, apabila air batu diminum ia memasuki saluran pencernaan dan bukannya ke rahim sebelum diserap atau dibuang keluar sebagai najis. Manakala suhu minuman berais pula akan terus berubah mengikut suhu normal badan individu terbabit.

Sebab tu kenapa ilmu sangat penting..

Dikongsi sejak awal pagi tadi, posting tersebut ternyata menarik perhatian ramai netizen sehingga meraih lebih 13 ribu retweets. Rata-rata netizen turut bersetuju dengan kenyataan yang didedahkan oleh pakar ini. Tidak terkecuali juga yang menyelar tindakan sesetengah individu yang menyebar serta menerima bulat-bulat pantang larang itu tanpa tahu kesahihannya.

Sumber : Twitter DrAmalinaBakri

Like Fanpage Admin ; Madara Gaming

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini