Lelaki Kecewa Kena Tinggal Perempuan Lepas Bongkar Diri Duda Anak Satu [VIDEO]

Seorang Lelaki Kecewa Kena Tinggal Perempuan Lepas Bongkar Diri Duda Anak Satu [VIDEO] | Bagi seseorang lelaki, kehidupan dengan gelaran ‘duda’ tidak semudah yang disangka. Malahan, mereka juga mengambil masa lama untuk menerima kehadiran pengganti baru yang boleh menerima status diri berkenaan. Tambahan pula, bukan semua wanita menginginkan ayah tunggal yang sedang mempunyai anak. Kisah sedih ini sama juga seperti yang dilalui oleh jejaka daripada Indonesia.

Lepas beritahu bahawa diri duda & ada anak satu…Terus perempuan tu ‘angkat kaki’

Menerusi posting di TikTok, pengguna akaun @hugoalzaiddan90 menceritakan bahawa dia telah bertemu dengan seorang wanita di pusat membeli-belah hasil perkenalan menerusi media sosial TikTok. Dengan berani, dia memberitahu wanita tersebut bahawa dirinya sudah memiliki seorang anak. Malangnya, wanita berkenaan terus ‘angkat kaki’ apabila mengetahui perkara berkenaan. Kesannya, lelaki tersebut turut berasa kecewa diperlakukan sedemikian gara-gara dirinya bergelar bapa tunggal.

@hugoalzaiddan90

Sepertinya wanita lebih suka di bohongi drpd kita jujur😔

♬ Shuba on Spotify and Apple Music – Shuba

Lebih baik jujur daripada bohong…Mungkin perempuan itu tak nak lelaki yang ada anak

Seolah-olah merasai kesedihan sama, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib yang dialami oleh lelaki ini. Dalam masa yang sama, mereka turut memuji sikap jejaka berkenaan kerana berani menyatakan status sebenar diri dan bukannya memilih untuk berselindung lebih lama lagi. Sejak dimuat naik, video ini telah berjaya meraih 600 ribu jumlah tontonan.

Sumber: TikTok hugoalzaiddan90

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Sosial Media!!
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry

____________

Baca lagi artikel manfaat dibawah

1. Rasulullah pernah berpesan bahawa setiap suap yang diberikan oleh suami kepada isteri akan mendapat ganjaran di sisi Allah. Sabda Nabi:

وَلَسْتَ تُنْفِقُ نَفَقَةً تَبْتَغِى بِهَا وَجْهَ اللَّهِ إِلاَّ أُجِرْتَ بِهَا حَتَّى اللُّقْمَةُ تَجْعَلُهَا فِي فِيّ امْرَأَتِكَ

“Dan tidaklah kamu memberikan nafkah dalam mencari keredhaan Allah melainkan semuanya akan dibalas dengan pahala. Sehinggakan setiap suap yang disuapkan ke dalam mulut isterimu (juga akan diberi pahala). (HR Muslim).

2. Malah membelikan hadiah buat isteri juga dianggap sebagai amalan yang terpuji. Sadina Amru ibn Umayyah pernah membeli sepasang kain. Seorang sahabat bertanya, apa yang kamu lakukan kepada kain tersebut. Amru lalu menjawab:

تصدقت به عَلَى سخيلة بنت عبيدة ، وكانت امرأته ، وَقَالَ : سمعت رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يقول فِي الصدقة : ” الصدقة عَلَى الأهل صدقة

“Aku telah hadiahkannya kepada isteriku Sukhailah bint Ubaydah dan dia berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda: Sesungguhnya sedekah (hadiah) kamu kepada ahli keluargamu akan diganjari pahala sedekah. (HR Abu Ya’la).

3. Ini kerana duit yang diusahakan untuk menyara sebuah keluarga mereka adalah sebaik-baik nafkah di jalan Allah. Sabda Rasulullah:

أَفْضَلُ دِينَارٍ يُنْفِقُهُ الرَّجُلُ دِينَارٌ يُنْفِقُهُ عَلَى عِيَالِهِ

“Sebaik-baik dinar adalah dinar yang digunakan sebagai nafkah buat menyara keluarganya” (HR al-Bukhari).

Justeru, berusahalah menyara keluarga dan berilah hadiah buat isteri. Sesungguhnya ia adalah perkara yang dipuji Allah dan Rasul.

Sumber; Dr Ahmad Sanusi