lngatk4n Ayam G0reng, Rup4nya Tisu Bers4lut T3pung

Terdapat pelbagai hal yang pernah dirasai ketika memesan makanan di sesebuah restoran. Ada yang tersilap menu, ada yang tersalah hantar pesanan, malah ada pula yang makanan tak sampai-sampai.

Namun lain pula yang berlaku kepada seorang gadis ini apabila memesan sekotak ayam goreng di sebuah restoran.

Malangnya, dia bukan menerima sekotak ayam goreng seperti yang dipesan dalam menu, tetapi tisu yang disalut tepung dan digoreng.

“Jelas kelihatan salah satu yang disangka ketulan ayam goreng itu adalah sebentuk tisu yang berminyak serta disalut dengan tepung persis ayam goreng,” jelasnya, memetik laporan Detik.com.

Difahamkan, menurut laporan itu, video tersebut tular di Weibo dan orang ramai sangat terkejut dengan kejadian tersebut.

Bagaimanapun disebabkan marah kerana ‘pesan lain dapat lain’, gadis itu meminta ganti rugi daripada restoran tersebut dengan apa yang telah berlaku.

Namun lokasi sebenar kejadian ini berlaku tidak dapat dikenal pasti.

Menariknya, hal sebegitu bukanlah kali pertama berlaku seperti yang telah dilaporkan dalam mana-mana laporan.

Menurut Detik, satu kejadian hampir sama turut pernah berlaku pada tahun lalu.

“Ternyata ia bukanlah kali pertama berlaku. Pada hari natal tahun lalu, seorang lelaki Inggeris turut melaporkan kejadian yang sama dimana dia menemukan kepala ayam yang disaluti tepung dan digoreng,” tulisnya.

Sumber: Detik.com

Sumber:SiakapKeli

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini