lni Penjelasan Berkait Isu Penjaja Di Lampu Isyarat

Sejak beberapa tahun terakhir ini, sering kali kita semua pengguna jalan raya melihat penjaja memilih untuk menjual makanan atau minuman di persimpangan lampu isyarat. Masa menunggu lampu isyarat bertukar daripada merah ke hijau antara yang digunakan penjaja menjalankan jual beli antara pengguna jalan raya.

Dalam pada itu, situasi ini mungkin tidak lagi berulang selepas ini berikutan kenyataan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak akan terus mengenakan tindakan terhadap penjaja di bahu jalan di persimpangan lampu isyarat di negeri tersebut.

Menurut pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan, tindakan yang bakal diambil bukan bertujuan untuk menyekat sumber rezeki mana-mana pihak sebaliknya ia menyalahi peraturan serta mengundang bhaya kepada mereka dan pengguna jalan raya lain sendiri.

“Berniaga di tempat berbhaya terutama di rezab jalan boleh mengundang keceIakaan dan nhas. Selama ini hanya tindakan advokasi diambil, namun kita akan laksanakan penguatkuasaan dalam waktu yang terdekat ini.” katanya ketika ditemui pada Ops Bersepadu Kenderaan Perdagangan Bil. 1/2022 di Plaza Tol Ipoh (U), PLUS arah selatan.

Dimaklumkan tiada lagi kompromi antara JPJ dan penjaja di mana tindakan perundangan terus kepada penjaja yang berniaga di persimpangan lampu isyarat akan diambil. Denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga 6 bulan sekiranya disabitkan kesaIahan antara yang bakal dikenakan.

Difahamkan, ini bukanlah pertama kali amaran ini disebutkan. Malah, sekitar 215 penjaja di lampu isyarat telah disaman pihak penguasa sepanjang Januari lalu dalam memberi pengajaran kepada pihak yang terlibat. – Sumber dipetik dari The V0cket

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini