Luahan Bapa Tunggal Anak 1 Undang Sayu, Bukan Taknak Bagi Mama Baru Tapi

Luahan Bapa Tunggal Anak 1 Undang Sayu, Bukan Taknak Bagi Mama Baru Tapi | Kehilangan orang yang sangat kita cintai memang memeritkan. Dulu bertiga sekarang berdua, bapa tunggal yang dikenali sebagai Encik Ayie ini akui pemergian isteri buat selama-lamanya amat berbekas dalam hidupnya serta anak perempuan mereka,

Bukan taknak bagi Mummy baru…tapi hati belum boleh terima yang lain

Kisah 2 beranak ini mula jadi perhatian ramai selepas lelaki tersebut memuat naik video sayu di aplikasi TikTok sambil membelai anak kecilnya yang sedang tidur. Walaupun isterinya sudah tiada lagi, tapi Encik Ayie amat bersyukur kerana ‘digantikan’ dengan kehadiran kanak-kanak perempuan bernama Tiya tersebut. Dalam pada itu, dia turut menyatakan hatinya masih belum terbuka untuk terima wanita lain yang boleh menggalas tanggungjawab sebagai ibu baru si cilik berkenaan.

Bulan 3 mandikan anak syurga kita…bulan 5 mandikan awak pula

Bagi menjawab persoalan ramai, bapa tunggal tersebut mendedahkan isterinya iaitu Nurul Nadia telah mengalami komplikasi buah pinggang sewaktu hamilkan anak kedua mereka pada tahun lepas. Akur dengan nasihat doktor, impiannya untuk memiliki cahaya mata lelaki selama ini tak kesampaian apabila terpaksa dikeluarkan lebih awal dari rahim. Selepas 2 bulan bertarung nyawa gara-gara semakin lemah dan hidap masalah paru-paru, wanita berkenaan telah menghembuskan nafas terakhirnya. Sejak itu, Encik Ayie berjanji untuk membesarkan Tiya sebaik mungkin walaupun cuma seorang diri.

Sumber: TikTok tiya_dya & FB Encik Ayie

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Sosial Media!!
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry