“M̷ampu Und̷ang A̷ib GoIong̷an Asn̷af” – Ini Pendapat Ustaz Mengenai Trend Sedek̷ah Demi ‘C0ntent’

Menjadikan amalan bersedekah kepada golongan asnaf terutamanya sebagai salah satu bentuk content demi meraih pujian dan perhatian bukanlah perkara asing lagi dalam komuniti masyarakat masa kini.

Sedarkah kita bahawa tindakan sebegini mampu mengundang rasa malu dan membuka aib golongan ini lebih-lebih lagi selepas mereka diviraIkan?

Justeru itu, bagi menjawab tindakan segelintir pihak yang menjadikan golongan asnaf sebagai salah satu bentuk content mereka, pendakwah bebas Ustaz Yaakub Yusra menerusi perk0ngsiannya di Facebook merasakan goIongan ini sebagai tidak bertanggungjawab dan mengaibkan.

Malah, video berdurasi 2:24 minit yang dimuat naik menerusi laman Facebook ini telahpun ditonton lebih 164,000 sejak ia dimuat naik beberapa hari lalu turut ditularkan di laman Twitter dan meraih lebih 130,000 tontonan.

“Sedekah untuk content dah jadi trend, demi naikkan traffic akaun masing-masing…”

Rata-rata warganet bersetuju dengan penjelasan yang disampaikan oleh Ustaz Yaakub mengenai isu ini.

Bahkan, warganet juga turut memuji usaha yang dijalankan oleh Pengasas Murtadha Dakwah Centre (MADAD) ini terhadap projek ATM beras yang dilaksanakan bertujuan membantu golongan asnaf yang memerlukan.

Tegas beliau lagi, mesin ATM beras yang MADAD buat ini adalah salah satu bentuk atau cara untuk menutup rasa malu dan segan golongan ini meminta bantuan iaitu dengan hanya menggunakan kad dan tidak perlu berjumpa orang.

Selain itu, beberapa lokasi di sekitar Kedah telah dikenal pasti oleh MADAD untuk ATM beras ini diletakkan antaranya, ADZ Edar, Surau Taman Malinja, PKWR Kuala Ketil, Masjid Taman Keladi, KRT Taman Sinar Mentari, PKWR Merbok dan Masjid Muzaffar Shah.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Sumber & video dipetik dari Xtra, Facebook, Twitter | Via Mytv Viral