“Maaf, Saya Silap Boss”, Pencuri Pulangkan Motor Yang Dicuri, Tapi Sempat Curi Motor Yang Lain Pula

Merasakan diri melakukan kesalahan, seorang pencuri dilaporkan telah mengembalikan semula motosikal yang dicurinya.

Menurut Tribun News, pencuri itu mendakwa telah membuat kesilapan.

Kejadian yang berlaku di Jakarta itu telah menjadi tular di media sosial sejak beberapa hari yang lalu.

“Motosikal saya dicuri pada Rabu lalu dan dikembalikan semula pada hari ini (6 Mac),” kata pemilik motosikal itu.

Menurutnya, pencuri itu juga meninggalkan sekeping kertas dengan nota yang tertulis permohonan maaf.

“Saya minta maaf, saya telah membuat kesalahan,” kata nota itu.

Pemilik motosikal itu yang tidak dinyatakan namanya merasa sangat lega apabila motosikal kesayangannya telah dikembalikan.

Motosikal itu diletakkan di hadapan ruahnya pada Sabtu pagi.

“Pada waktu pagi, ada sebuah motosikal yang diletakkan di depan rumah, ternyata motosikal saya dikembalikan oleh pencuri itu, tetapi pencuri itu tidak bertemu dengan saya,” katanya.

Tambahnya lagi, motosikal itu pada asalnya adalah berwarna biru. Namun, sekarang ia menjadi warna merah setelah dikembalikan.

“Nampaknya pencuri itu menukar warna motosikal kepada warna merah, badan motosikal itu dilekat dengan pelekat warna merah,” katanya.

Dalam pada itu, aksi pencurian motosikal itu dilaporkan berlaku di rumah tumpangan di Desa Bandar Kayu Manis, Jakarta Timur dan berjaya dirakam oleh CCTV.

Pencuri bagaimanapun dilaporkan sempat melarikan sebuah motosikal lain jenis Honda Beat milik salah seorang penghuni lain di kawasan kejiranan tersebut.

Sumber: Tribun News

Jom join group ni.. Istimewa untuk masing2 share menu masing2 nanti.. insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini