Majikan Seb4k Pekerjanya Akan Pul4ng Ke Kampung Di Bangladesh, Lepas 16 Tahun Setia Berkh1dmat

Di Malaysia, masih ada sesetengah orang yang memandang rendah terhadap pekerja warga asing dari negara kelas ketiga.

Namun harus diakui, tidak semua daripada pekerja asing ini datang ke negara kita untuk berbuat perkara yang tidak baik. Ramai yang datang ke sini untuk mencari rezeki demi keluarga yang tinggal di negara asal.

Pulang ke Bangladesh
Menerusi perkongsian seorang majikan yang bernama Sufi Amin, dia berkongsikan satu hantaran sebagai tanda penghargaan kepada seorang pekerja Bangladesh yang bakal pulang ke kampung halaman selepas berkhidmat selama 16 tahun.

Tulis Sufi Amin, perkhidmatan pekerja Bangladesh itu telah tamat pada 14 Januari lalu. Permit dia sebagai pekerja tidak boleh disambung lagi atas faktor umur.

Banyak ilmu yang disampaikan

Lelaki ini turut memberi penghargaan kepada pekerja Bangladesh ini yang banyak membantunya dalam bidang ubah suai rumah dan pembinaan.

Malah, dia turut berkata banyak ilmu yang disampaikan oleh pekerja Bangladesh itu dan dia berjanji, ilmu tersebut akan disampaikan kepada orang lain juga.

Anak jadi guru di Bangladesh

Lebih mengharukan, lelaki ini mendedahkan kesemua gaji yang diterima oleh pekerjanya itu akan dihantar pulang ke kampung. Kini, anaknya sudah menjadi seorang guru sekolah di Bangladesh hasil usaha kerasnya.

Perkongsian Sufi Amin ini ternyata membuka mata ramai warganet bahawa meskipun kita berbeza bangsa dan warna kulit, nilai persahabatan itu tidak akan boleh diganti dengan apa-apa sekalipun di dunia ini.

Kredit: Sufi Amin, Lobak Merah

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini