Masakan Terakhir Untuk Suami Tercinta. Aj4l Isteri ke tempat kerja

Masakan Terakhir Untuk Suami Tercinta. Aj4l Isteri ke tempat kerja | Tanpa mengetahui bila dan di mana, ajal itu adalah antara perkara yang tak dapat diduga oleh sesiapa pun dan perit untuk diterima pada mulanya. Lebih-lebih lagi, apabila yang diragut nyawa itu merupakan insan tercinta. Sedih dan pilu, itulah yang boleh dikatakan bagi kejadian yang berlaku baru-baru ini.

Nahas dalam perjalanan ke tempat kerja

Memetik laporan Harian Metro, seorang wanita bernama Wan Mazlinda Wan Mohamad telah kehilangan nyawa di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) arah Subang-Damansara, Petaling Jaya. Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 6 pagi di mana Allahyarhamah dalam perjalanan ke tempat kerja untuk bertugas sebagai kakitangan PLUS di Plaza Tol Damansara.

Isteri pergi kerja lebih awal daripada biasa…siap buatkan bekal istimewa

Menurut suaminya iaitu Mohd Nazir, si isteri pergi kerja lebih awal daripada biasa pada pagi berkenaan dengan menaiki motosikal. Wanita berusia 31 tahun itu juga sempat menyediakan bekal berlaukkan sambal udang untuk mereka berdua kerana Allahyarhamah teringin menjamah juadah berkenaan.

Lauk sambal udang hasil air tangan isteri yang terakhir

Mengulas lebih lanjut mengenai kejadian tersebut, lelaki berusia 38 tahun itu hanya sempat memangku jasad tidak bernyawa isterinya. Kini, dia reda dan menjamah juga hasil air tangan si isteri yang terakhir itu bersama anak-anak walaupun masih berasa sedih akan kehilangan insan tercinta.

Sumber: FB Harian Metro

Like Fanpage : Madara Gaming