Mer̷ayu Berubat Dengan Atok Tua, Rupanya Anak Merana Didampingi Puteri Kayangayu Berubat Dengan Atok Tua, Rupanya Anak Merana Didampingi Puteri Kayangan

Merayu Berubat Dengan Atok Tua, Rupanya Anak Derita Didampingi Puteri Kayangan | Berbulan-bulan membawa kandungan di dalam perut, suami isteri manalah yang tidak menatang anak mereka bagai minyak penuh kan? Bahkan ketika bayi, anak digigit nyamuk pun membuatkan mereka resah menyapukan bermacam penawar. Jikalau masalah luaran pun sudah risau bukan kepalang, apalagi jika berdepan dengan gangguan dalaman melibatkan makhluk halus. Sukar dipercaya, namun demikianlah kisah yang terjadi kepada sebuah keluarga ini.

Tidur tak lena…Hilang selera makan

Menurut perkongsian daripada Puan Maryianna Yie melalui Facebook, anak kesayangannya seakan-akan mengalami masalah misteri bila mana bahagian badan sering dipenuhi kesan kebiruan. Meskipun kesan yang terjadi setiap kali bangun pagi itu nampak teruk, namun kesan itu tidaklah terasa perit sekiranya ditekan. Oleh kerana usaha mendapatkan kaedah moden tidak mendatangkan hasil, dia dan suami ditakdirkan bertemu dengan seorang pak cik tua yang sudi membantu masalah tersebut.

Katanya anak kami ada pendamping iaitu puteri kayangan

Bukan sahaja dengan Atok Tua itu, malahan jiran sekeliling rumah Puan Maryianna Yie turut menghulurkan bantuan sedaya upaya mereka. Disangka gangguan itu sudah berakhir, namun mereka kembali menjadi runsing selepas mendapati si anak didampingi pula oleh makhluk halus berupa puteri kayangan. Dikatakan berpunca daripada aktiviti memancing mereka sekeluarga sebelum ini, wanita berkenaan berpesan kepada orang ramai sentiasa beringat-ingat untuk menghindarkan perkara sama berulang kembali.

Sumber : Facebook Kelab Cerita Hantu Malaysia (Maryianna Yie)

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini