Nak Tebus Dos4 Masa Muda & Ingat M4ti, Atuk Di Hujung Usia Pilih Tinggal Di Kubur

Kisah Abah Sarji, 102, menjadi tular apabila dia memilih untuk menghuni di kawasan perkuburan di Jakarta, di penghujung usianya.

Menurut laporan e24news, pilihan yang dibuat Abah itu kerana dia mahu menebus dosa lampau di usia mudanya selain mahu membuatkan dirinya selalu mengingati mati.

Kini, pada usia yang sudah lanjut, Abah menghabiskan banyak masanya untuk beribadah di dalam pondok kecil yang didirikan di kawasan perkuburan tersebut.

Memandangkan kawasan kubur sering dikaitkan dengan kejadian-kejadian mistik, Abah sendiri turut tidak terlepas daripada berdepan dengan peristiwa sedemikian.

”Mereka yang sering keluar dari kubur adalah jenazah yang dikebumikan kurang dari seminggu. Kata orang, jenazah-jenazah itu tidak tenang berada dalam kubur dan keluar pada malam-malam tertentu.

Menyentuh soal makan dan minumnya, Abah berkata dia mendapat bantuan daripada anak-anak dan cucu-cucunya.

”Biasanya, merekalah yang menghantar makanan dan juga rokok kemari”, kata Abah lagi.

Menurut penduduk setempat, sejak menginap disitu lebih 5 tahun dahulu, sekali pun mereka tidak pernah melihat Abah memakai baju.

Abah juga dikatakan masih mempunyai isteri, bagaimanapun sudah tidak dapat bergerak disebabkan sudah lumpuh.

artikel : siakap keli

Jom join group ni.. Istimewa untuk masing2 share menu masing2 nanti.. insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini