Neelofa Hulur Sumbangan Sempena Hari Raya Aidiladha, Beri Bantuan Barangan Asas

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa mengambil inisiatif membantu golongan memerlukan menerusi penyerahan sumbangan barangan asas sempena ketibaan Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi.

Neelofa menghulurkan bantuan menerusi jenama fesyen miliknya, Naelofar dengan kerjasama Pertubuhan Kasih Neelofa.

Pemberian sumbangan itu meliputi merangkumi pelbagai jenis barang dari barang keperluan harian seperti makanan, peralatan mandian, dan tudung eksklusif Naelofar agar semua keluarga dapat merayakan Hari Raya Haji dan merasai keindahan bersama.

“Wabak ini pasti meninggaIkan kesan yang besar bagi kehidupan orang ramai, seperti kehilangan sumber pendapatan, dipot0ng gaji, dan ada yang tidak mampu menyediakan keperluan untuk keluarga.

“Kita berharap sedikit sebanyak bantuan yang diberikan ini dapat memberikan senyuman pada mereka di Hari Raya Aidil-Adha nanti,” kata Neelofa.

Pelancaran program bantuan ini dilakukan di hadapan butik Naelofar baru-baru ini dan ia dijayakan dengan kehadiran pendakwah selebriti merangkap suami Neelofa, Haris Ismail selaku wakil dari pihak Pertubuhan Kasih Neelofa, dan wakil dari pihak Naelofar, Mohamed Aqief Mohd Noor.

“Melalui gerakan bendera putih yang dibuat oleh rakyat, kami terpanggil untuk turut sama membantu rakyat yang terjejas akibat pandemik ini.

“Melalui kempen ini, kami berharap semua orang dapat menikmati perayaan Hari Raya Haji tidak kira apa keadaannya,” kata Pengarah Urusan Naelofar, Mohamed Aqief Mohd Noor.

Sumbangan ini dijalankan melalui penghantar makanan dan barangan, Lalamove yang akan membantu untuk mengagihkan bantuan tersebut kepada yang berkenaan.

Sumber: Xtra Via Mytv Viral

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini