Nikah ‘Online’ Dibenar Untuk Pasangan Yang Daftar Sebelum PKP

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary, menerusi laporan Astro Awani menjelaskan pernikahan secara dalam talian hanya dibenarkan bagi pasangan yang mendaftar sebelum perintah kawalan pergerakan (PKP) atau pasangan yang sudah lama menunggu untuk diijab kabul.


Foto: Astro Awan

Katanya lagi, pasangan yang baru mendaftar dalam tempoh PKP, kebenaran diberi bergantung kepada keperluan dan perbincangan terlebih dahulu.

Kahwin online hanya dibenarkan kepada mereka yang lama mendaftar sebelum PKP.

Yang mendaftar dalam tempoh PKP, kita lihat kepada kes.

Kalau sekiranya tindakan perlu, akan kita bawa kepada perbincangan untuk dibenarkan.

Beliau berkata lagi, kebenaran perkahwinan secara dalam talian bergantung kepada syarat dan kelulusan yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri.


Sekadar gambar hiasan

Paling penting ialah kita tidak menyalahgunakan khidmat kahwin online ini dan ia mesti dibuat berdasarkan keperluan yang sangat mendesak.

Pihaknya bimbang ia disalahguna kerana kebenaran hanya diberi kepada kes tertentu atau apabila tempoh PKP berlarutan.

Kredit: Astro Awani

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini