‘Order Saja Wal̷aupun Huj̷an’- Rider Nasih̷atkan Orang Ram̷ai Tid̷ak Perlu Ris̷au

Dengan keadaan perintah kawalan pergerakan yang berlangsung ketika ini-ditambah lagi dengan cuaca yang tidak menentu, kebanyakan daripada kita akan mengelak untuk keluar daripada rumah walaupun untuk membeli makanan dan minuman.

Lapar dan mengidam sesuatu? Kita akan pesan sahaja melalui pelbagai aplikasi penghantaran makanan yang tersedia ketika ini. Tetapi dengan cuaca yang tidak menentu ketika ini, pengguna sering berada dalam dilema sama ada untuk memesan makanan ketika waktu hujan atau tidak.

Semuanya kerana memikirkan keadaan dan keselamatan penghantar-penghantar atau rider yang kebanyakannya menggunakan motosikal ini.

Untuk menjawab dilema yang dialami oleh sebahagian besar dari kita semua, mungkin perbincangan di Twitter ini boleh memberikan penyelesaian atau setidaknya dijadikan panduan ketika membuat pesanan sewaktu hujan.

Walaupun ada yang risau dan kasihan kerana terpaksa bekerja dalam hujan, namun beberapa komen ditinggalkan menjelaskan penghantar-penghantar makanan ini sebenarnya tidak mempunyai masalah mengenai isu itu.

Malah ada yang lebih menggalakkan dan menyukai jika para pelanggan membuat pesanan atau order ketika waktu hujan seperti yang dijelaskan pemilik ciapan berkenaan, Safrizal kepada The V0cket.

“Kalau saya, saya lagi suka hujan. Sebab masa hujan akan ada geng-geng rider yang off sebab tak nak redah hujan.

“Jadi, saya akan dapat order mereka ini sebab kawasan tu kekurangan rider,” jelasnya.

Perkara itu tambahnya secara tidak langsung akan dapat mengimbangi bilangan pesanan yang diterima dengan jumlah rider yang tersedia untuk sesuatu masa.

Hal ini kerana menurutnya sebelum ini terdapat terlalu ramai rider yang menunggu pesanan berbanding pesanan yang dibuat pelanggan.

“Sebagai contoh kawasan tu ada 20 order tapi rider ada 50 orang. 30 orang lagi akan membangau (menunggu) tepi jalan tiada kerja.

“Bila hujan,rider akan kurang, jadi kerja pun akan terbahagi sama rata dengan order yang ada.

“Minggu ini musim hujan so best jugaklah. Minggu lepas-lepas panas, job pun ikut kering. 2 hingga 3 jam baru masuk 1 job,”jelasnya lagi.

Pandangannya itu turut dik0ngsikan beberapa lagi warganet yang difahamkan mempunyai pengalaman sama dengan perkara berkenaan.

Menurut pengalaman peribadi yang dik0ngsikan, rata-rata mereka bersetuju dengan pendapat supaya pelanggan terus membuat pesanan walaupun keadaan hujan ketika itu.

Menerima pesanan yang banyak daripada pelanggan walaupun ketika hujan menurut Safrizal bukan sahaja membuka peluang kepada dirinya untuk melakukan lebih banyak tugasa namun pada masa sama turut membantu rakan-rakan penghantar lain untuk mendapatkan tugasan.

Mengulas mengenai jumlah rider yang lebih ramai ketika ini, beliau menjelaskan perkara itu berkemungkinan berpunca daripada kesukaran ekonomi tatkala berdepan dengan pandemik ketika ini.

“Sekarang ramai rider. Sebab ramai kena buang kerja hakiki,” luahnya.

Justeru itu, pesanan tanpa mengira panas atau hujan menurutnya sangat dialu-alukan bagi membantu mereka ini mendapat tugasan yang lebih sekaligus menambah pendapatan mereka sebagai penghantar makanan.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Sumber & foto dipetik dari The v0cket, Twitter | Via Mytv Viral