Pada Mulanya Bantu Ajar Naik Gunung, Tapi Tak Sangka Guide Hingga Jannah Pula

Pada Mulanya Bantu Ajar Naik Gunung, Tapi Tak Sangka Guide Hingga Jannah Pula | Seperti yang kita tahu, soal jodoh dan pertemuan semuanya telah pun ditetapkan oleh Allah S.W.T sejak alam luh mahfuz lagi. Malah jodoh itu boleh datang daripada pelbagai bentuk dan tak disangka-sangka. Begitulah juga dengan kisah yang telah dikongsi oleh seorang lelaki ini.

Mula tawar diri jadi guide gunung tapi tak sangka guide sampai pelamin

Menerusi perkongsian di Facebook oleh Iwan Kuun, dia menceritakan detik indah bertemu pilihan hatinya buat pertama kali di puncak Bukit Tabur. Waktu itu, lelaki berkenaan menawarkan diri menjadi guide untuk mendaki kawasan tersebut. Namun dia tidak sama sekali menyangka perkenalan mereka akan berakhir ke jinjang pelamin.

Berkali-kali mendaki gunung bersama dalam dan luar negara

Bermula dari puncak bukit tersebut, Iwan dan juga Myza semakin kerap menghabiskan masa bersama-sama. Apatah lagi mereka berdua berkongsi hobi dan juga minat yang serupa iaitu dengan melakukan aktiviti mendaki. Menerusi laporan MStar, wanita berkenaan yakin dengan pilihannya setelah beberapa kali melihat sisi sebenar lelaki itu sepanjang tempoh 5 tahun perkenalan.

Mana-mana wanita masih bujang, mungkin boleh cuba sertai trip hiking

Hatinya turut tergerak tatkala lelaki berkenaan membantunya membawa bebanan beg seberat 10-15kg sewaktu mendaki Gunung Kerinci di Indonesia. Menurutnya lagi, ramai juga couple lain bertemu pilihan hati masing-masing setelah mengikuti trip hiking yang telah dianjurkan beberapa kumpulan mendaki.

Sumber: Facebook Iwan Kuun & MStar