Pakcik Hadi Tak MaIas Ketika Muda, Cuma But4 Huruf & Tak Ke SekoIah

Sejak video tular seorang warga emas dikenali sebagai Pakcik Hadi yang didakwa dimalukan depan khalayak ramai tular, pelbagai pihak telah tampil menyantuninya.

Dari golongan artis sehinggalah badan bukan kerajaan (NGO) turun ke Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur untuk bertanya khabar kepada warga emas tersebut.

Pakcik Hadi tak kecil hati
Selain itu, seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Warq Torturer telah memuat naik kembali perkongsian seorang temannya dikenali sebagai Dhila Fadhilah yang sempat bertemu langsung dengan Pakcik Hadi.

Dalam penulisan wanita itu di FB, dia menjelaskan yang warga emas berkenaan tidak marah atau berkecil hati dengan usahawan tersebut.

Bukan malas, cuma buta huruf & tak sekolah
Dalam pada itu, Pakcik Hadi menjelaskan kepadanya yang pada masa muda dahulu, dia bukanlah seorang yang malas, cuma dia tidak ke sekolah dan mempunyai masalah buta huruf.

Dia pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah pejabat mahkamah dan duit dari Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP) yang diterimanya telah digunakan untuk tujuan upah haji buat kedua ibu serta bapanya.

Mungkin ada pihak tak faham
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen diruangan Facebook Warq Torturer dengan memuji tindakan baik pakcik tersebut walaupun tidak pasti kesahihannya.

Mereka juga masing-masing berharap agar apa yang telah berlaku menjadi ikhtibar untuk semua kerana kita tidak tahu kesusahan dan kehidupan seseorang itu di masa lalu.

Terdahulu, video Pakcik Hadi seperti dimarahi oleh seorang usahawan terkenal telah tular dan mendapat pelbagai respon daripada warganet.

Sedar akan kesilapannya, usahawan tersebut telah tampil membuat permohonan maaf dan bertemu sendiri Pakcik Hadi bagi menjelaskan hal sebenar.

Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran untuk semua pihak.

Sumber: Facebook Warq Torturer

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini