Peminat ‘Gelisah’ Teng0k Wawa Zainal Redah Banjir Hulur Bantuan Walau M4sih Dal4m Pantang..

Pelakon yang kini usahawan terkenal, Wawa Zainal baru-baru ini telah membuat para netizen terutama peminatnya ‘seriau’!

Difahamkan, Wawa baru sahaja 24 hari berpantang selepas melahirkan anak keempatnya, Jibril Ibtisam pada 30 November lalu.

Dia telah memuat naik satu video di laman Instagramnya yang memperlihatnya bersama suami, Aeril Zafrel meredah banjir untuk menghulur bantuan kepada mangsa-mangsa yang terkesan dengan bencana banjir yang berlaku.

Wawa dan Aeril dikatakan turun padang ke kawasan yang terjejas banjir di daerah Puchong, Selangor bagi menghulurkan bantuan berbentuk barangan keperluan kepada mangsa-mangsa yang terkesan.

“Saya turun padang sebab mahu merasai pengalaman dan tengok sendiri keadaan masyarakat yang ditimpa banjir. Tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan sebab saya masih lagi jaga pantang (selepas bersalin). Malah, suami juga merestui tindakan saya,” jelas Wawa.

Melalui postingnya di laman Instagram itu, dapat dilihat rata-rata netizen ‘seriau’ melihatnya yang aktif turun padang bagi menghulur bantuan walaupun masih dalam pantang lepas bersalin. Namun, ramai juga yang mendoakan agar urusan bantuan tersebut dipermudahkan.

Video Klik Disini

Di samping itu, Wawa juga memberitahu bahawa keadaan di lokasi yang dilawatinya itu sangatlah teruk. Banyak rumah penduduk yang ditenggelami banjir serta harta benda juga terlihat banyak yang rosak.

“Saya tengok sendiri kea­daan rumah penduduk kampung. Mereka memang memerlukan bantuan terutama barang-barang seperti tilam, bantal dan lampin bayi. Kalau soal bantuan makanan, mereka sebenarnya sudah ba­nyak menerima bantuan. Saya ada juga beri sumbangan dalam bentuk makanan, tetapi sekarang mereka lebih memerlukan tilam dan bantal,” katanya.

Wawa juga menyeru semua rakyat Malaysia untuk bersama-sama membantu antara satu sama lain terutamanya masyarakat yang terkesan dengan bencana banjir ini tak kira dalam bentuk wang ringgit mahupun tenaga.

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu. . insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini