Pemuda S̷anggup habiskan RM171,500 untuk t0peng muka emas

PUNE – Seorang lelaki di India sanggup menghabiskan AS$40,000 (RM171,500) untuk t0peng muka khas bagi melindunginya daripada koronavirus (C0vld-19).

Menurut ahli perniagaan, Shankar Kurhada, 49, dari bandar Pune, topeng bersalut 60 gram emas itu mengambil masa selama lapan hari untuk dihasilkan.

“Ia ialah topeng muka yang nipis dan mempunyai liang kecil yang membolehkan saya bernafas. Saya tidak pasti sama ada ia boleh melindungi saya daripada jangkltan C0vld-19, namun saya ada juga mengambil langkah berjaga-jaga yang lain,” ujarnya.

Jelas Kurhada, dia suka memakai perhiasan emas termasuk gelang tangan dan rantai yang beratnya mencecah sehingga satu kilogram.

“Saya mendapat idea selepas membaca laporan media tentang seorang lelaki memakai t0peng muka diperbuat daripada perak. Orang ramai turut meminta untuk mengambil swafoto bersama saya. Mereka kagum melihat saya memakai t0peng muka di pasar,” ujarnya.

Ketika ini, India telah mewajibkan pemakaian t0peng muka di tempat awam sebagai usaha untuk membendung penularan C0vld-19 yang telah mencatatkan kira-kira 650,000 kes jangkltan dan lebih 18,600 kematlan. – AFP

Sumber: Sinar

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini