Pendud̷uk K̷ampung Di Kelantan Ini S̷angka Jump̷a Rezeki Terpij̷ak Bila Jumpa Beberapa B̷atu Isi Em̷as. Batu Dibawa Ke Ked̷ai Em̷as Dan Ini Yang Terj̷adi

Keghairahan sebilangan penduduk Kampung Bukit Lata, di sini, yang menemui objek seakan-akan emas terjawab, apabila ia disahkan batu biasa oleh pengusaha kedai emas tempatan.

Penemuan batu yang disangka emas itu tular di Facebook Selasa lalu selepas dimuat naik beberapa individu, namun kawasan berkenaan ditutup keesokannya selepas dikerumuni orang ramai termasuk dari luar daerah.

Penduduk tempatan, Syed Ismail Syed Mamat, 55, mengakui dia antara individu yang turut sama mencari ’emas’ terbabit memandangkan lokasi pencarian hanya 100 meter dari kediamannya.

PENDUDUK kampung yang mencari objek seakan-akan ’emas’ (gambar kiri) di Kampung Bukit Lata. FOTO Ihsan pPembaca

“Kawasan ini sebenarnya tapak pembinaan projek tebatan banjir yang sedang diusahakan oleh kerajaan. Malah batu itu ditemukan seorang pekerja yang menjalankan kerja di sana.

“Selepas khabar penemuan batu keemasan ini tersebar kepada penduduk kampung, ramai yang menyerbu ke lokasi sehingga ke lewat malam menyebabkan pihak pengurusan projek terpaksa menutup kawasan berkenaan.

“Bagaimanapun, seorang kenalan saya yang juga penduduk di sini, ada membawa ketulan objek itu ke kedai emas berdekatan yang mengesahkan ia bukanlah emas seperti yang disangkakan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Syed Ismail yang juga pesara guru berkata, sehingga hari ini masih ada kenalan yang menelefonnya untuk mendapatkan kepastian dan dia terpaksa menceritakan perkara sebenar supaya tiada yang salah faham.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Azlan Omar, 35, berkata, ramai antara mereka yang benar-benar percaya objek itu adalah emas, tetapi akur ia hanyalah batu biasa selepas disahkan beberapa pengusaha emas.

“Saya sendiri sudah membuang semula beberapa batu yang saya temui ketika turut serta mencari ketulan ’emas’ berkenaan.

“Tidak mengapa, tiada rasa menyesal atau malu kerana ia suatu pengalaman yang tidak pernah dilalui sebelum ini, lagipun penemuannya memang seakan-akan emas.

“Selepas kisah penemuan ini tular di laman sosial memang ramai ‘orang luar’ yang dilihat datang ke kawasan ini namun ia sia-sia sahaja kerana lokasi terbabit sudah ditutup awal oleh pihak pengurusan bagi mengelak berlaku perkara tidak diingini,” katanya.

Video:

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Sumber: HMETRO ONLINE