Peng̷antin Nik̷ah Usia Mud̷a, Sekali Ada Satu Komen Dari Ibu Tak Restu Pernik̷ahan An̷ak

Tanah Merah: “Selepas beberapa hari Nurin selamat diijabkabul, kami ada menghubungi neneknya iaitu bekas mentua saya dan menjemput keluarga sebelah sana untuk menghadiri majlis resepsinya,” kata Mohd Muhizan Mat Zain, bapa kepada pengantin remaja, Nurin, 15.

Mohd Muhizan, 44, berkata, selepas bercerai dengan ibu kandung Nurin hampir 10 tahun lalu, anaknya itu berada di bawah jagaannya, manakala seorang lagi yang dikenali sebagai Irfan, 13, dijaga bekas mentuanya di Kampung Manal di sini.

“Bekas isteri sudah lama menetap dan bekerja di luar Kelantan, malah hubungannya dengan kedua anak juga tidak rapat dan jarang berhubung.

“Kami mengambil keputusan untuk tidak memaklumkan kepadanya mengenai urusan perkahwinan Nurin kerana sebelum ini, dia (bekas isteri) pernah beberapa kali memberitahu tidak mahu mengambil tahu sebarang hal mengenai anak sulung kami ini.

“Atas sebab itu, saya berdiam diri namun disebabkan tidak mahu jurang itu berpanjangan, saya meminta Nurin dan suaminya menghubungi bekas mentua untuk memohon maaf dan menjemput mereka ke majlis resepsi yang diadakan sembilan hari selepas majlis akad nikah pada 20 Disember lalu.

“Bagaimanapun, tiada wakil daripada pihak sana yang datang,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Kisah pengantin remaja, Ahmad Faris Umar Alwi, 17, dan Nurin mendapat perhatian disebabkan mendirikan rumah tangga dalam usia muda.

Berikutan tular mengenai perkahwinan mereka itu, seorang wanita yang mendakwa sebagai ibu kandung Nurin tampil komen di media sosial dengan meluahkan kesedihan dan kecewa berikutan tidak dimaklumkan mengenai perkahwinan anak sulungnya itu dan memberi bayangan seolah-olah tidak merestui hubungan terbabit.

Mohd Mohizan berkata, dia sudah dapat menjangka isu itu akan timbul namun tidak dapat dipastikan apa motif bekas isterinya menghebahkan di media sosial dan bukan secara langsung dengan menghubungi pihaknya.

“Sebelum ini, saya dan isteri yang juga ibu tiri Nurin ada beberapa kali menghubunginya untuk memberitahu perkembangan mengenai Nurin yang berada di bawah jagaan saya, namun dia enggan mengambil tahu.

“Pernah juga nombor telefon kami termasuk Nurin kena ‘block’ tanpa sebab dan menjadi tanda tanya di pihak kami mengapa sekarang isu sebegini timbul?

“Saya mohon agar kami dapat bersemuka bagi menjernihkan semula hubungan dan paling tidak agar ada sedikit simpati di hati bekas isteri demi Nurin serta mendoakan kebahagiaan rumah tangga anak saya yang baharu dibina itu,” katanya.

Penjelasan ibu pengantin lelaki
Sementara itu, ibu Ahmad Faris Umar, Zalaha Hassan, 56 berkata, keputusan untuk mengahwinkan anak bongsunya itu disepakat bersama suami, Alwi Ismail, 63, yang ingin segera menghalalkan hubungan.

Dia berkata, suaminya seorang yang tegas dan sebaik mengetahui dua remaja itu sedang berhubung walaupun hanya menerusi telefon, tanpa berfikir panjang mereka segera membuat keputusan untuk menghalalkan hubungan.

” Faktor usia muda bukan isu utama bagi kami dan apa yang lebih penting adalah menghalalkan mereka kerana di zaman sekarang, banyak isu sosial yang semakin membangkan dan sekurang-kurangnya ia jalan terbaik buat mereka berdua,” katanya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Sumber:hmetroonline via transformasi