Pengorbanan Seorang Guru,Walaupun Dalam Keadaan Dirinya Kena Str0k, Tetap Gigih Mengajar Anak Muridnya

Terlantar sakit bukan alasan untuk tidak berbuat apa-apa, sebaliknya seorang pensyarah di salah sebuah kampus di Bandung, Indonesia ini tetap berusaha sedaya upaya melakukan sesi pembelajaran dalam talian untuk para pelajar.

Memetik laporan Tribun News, seorang pelajar balqueen.id atau Balqis memuat naik sebuah video di TikTok memaparkan keadaan seorang pensyarah Aceng Muhtaram yang terbaring sambil mengajar selepas tidak dapat hadir ke kelas akibat diserang strok.

Menurut Balqis, dia bersyukur masih dapat menatap wajah pensyarah tersebut walaupun secara ‘online’ dimana sedikit sebanyak membantu proses pembelajaran dalam subjek Administrasi Pendidikan.

“Biasanya tiap minggu bapak (pensyarah) masuk kelas, tapi kami baru tahu mengenai khabarnya yang diserang penyakit strok. Alhamdulillah, masih boleh belajar online walaupun tak habis sampai penghujung,” tulisnya pada Isnin.

Menerusi rakaman skrin komputer riba pelajar itu, dapat dilihat pensyarah berkenaan menggunakan skrin hijau sebagai latarbelakang supaya tidak memperlihatkan bantal atau katil yang dibaring di atasnya.

“Biasanya bapak cekap pasang earphone tetapi kali ini perlu dibantu orang sekelilingnya,” katanya.

Sehingga kini, video tersebut meraih hampir 385,000 tontonan dan ribuan komen warganet yang terharu melihat kesungguhan pensyarah itu dalam mendidik anak bangsa selain mendoakan agar beliau cepat sembuh.

Cepat sihat pak!

Buka la kamera, tolong hargai usaha beliau

Bapaknya semangat, pelajar sihat tapi malas

Itulah pengorbanan sejati para pendidik. Walaupun dalam keadaan sakit, tetap ada masa memikirkan tanggungjawab terhadap anak bangsa. Rasa tak senang duduk kalau tak mengajar!

Video Klik Disini

Sumber: Tribun News , TikTok balqueen.id

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini