Penyanyi Kumpulan XPDC, Ali Ditidurkan Sesak Nafas Akibat C0vld-19

Vokalis kumpulan XPDC, Ali telah ditidurkan buat sementara waktu oleh pihak hospital pada petang tadi akibat sesak nafas.

Laman Facebook rasmi XPDC memaklumkan, pada asalnya keadaan penyanyi itu semakin sihat buat masa ini walaupun bahagian tubuh tertentu masih lemah.

“Assalamualaikum. Perkembangan terkini saudara Ali XPDC setakat jam 7 petang hari ni. Ahli keluarga Ali minta semua doakan Ali supaya cepat sembuh.

“Keadaan Ali kalau ikutkan semakin sihat dan mula diajar buat aktiviti ringan dan dah boleh bercakap walaupun keadaan separuh badan belah kanan masih lemah.

“Tetapi petang tadi Ali mengalami sesak nafas dan hospital telah ‘tidurkan’ (beliau) sementara buat masa ini. Walaupun pernafasan Ali sudah kembali normal tapi dia masih lagi ditidurkan dan dipantau,” maklum XPDC dalam satu kenyataan semalam.

Bagaimanapun XDPC turut menjelaskan, walaupun ditempatkan dalam wad saringan COVlD-19, namun vokalis mereka itu tidak dijangkiti virus berkenaan.

“Ali tidak dijangkiti COVlD-19 cuma sebelum ini dia diletakkan di wad saringan COVlD-19. Apa pun beliau masih lagi tidak boleh menerima pelawat.

“Ahli keluarga minta semua peminat dan sahabat untuk doakan dan solat hajat kalau untuk kesihatan Mohd Ali bin Ismail dikembalikan dan sihat seperti dulu,” maklum kumpulan itu lagi.

Imbas kembali, Ali pernah dimasukkan ke hospital pada 5 Januari tahun lalu akibat sesak nafas dan komplikasi jantung serta penyakit darah tinggi.

Sumber: SiakapKeli

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini