Per0mpak Pulangkan Balik Barang Yang Dicuri Selepas Mangsa Menangis..”Hati Tisu Mamat Ni”…

Memang jarang lah kita dengar, perompak pulangkan balik barang yang dicuri kepada pemiliknya. Jika ada pun mungkin tak banyak, lagi satu tujuan dia pulangkan balik mesti ada sebabnya.

Itu yang terjadi pada dua individu yang dipercayai perompak yang membatalkan niat mereka untuk merompak seorang penghantar makanan.

Menerusi Twitter The Express Tribune, satu rakaman video dari CCTV menunjukkan sikap ‘luar biasa’ dari perompak ini yang memulangkan balik barang yang dirompak kepada pemilik asal.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Pakistan baru-baru ini. Malah, video ini telah viral di media sosial tau…

Melalui rakaman CCTV tersebut, dapat dilihat penghantar makanan tersebut baru sahaja keluar dari kedai bersama sebungkus makanan di tangan.

Tak lama lepas tu, tiba-tiba dua individu tidak dikenali datang dengan menaiki motosikal dalam keadaan tergesa-gesa. Seorang daripada mereka turun, dan dia kelihatan seperti mengugut penghantar makanan tersebut.

Sedih dan menangis

Tak tahu apa yang dibualkan, tanpa disangka perompak itu memulangkan balik barang penghantar makanan tersebut.

Difahamkan, penghantar makanan itu seperti meluahkan sesuatu perkara yang membuatkan dia sedih dan menangis. Akhirnya perompak itu memeluknya seperti dia sedang memujuk lelaki berkenaan.

Min dapat rasakan, penghantar makanan tu mesti cerita tentang nasib keluarganya…

Video yang tular di media sosial ini telah mendapat komen positif dari netizen tau, hingga kini video tersebut telah meraih 664K jumlah tontonan.

Video Klik Disini

Tak semua penjahat itu akan tetap menjadi penjahat, dalam hati mereka masih lagi ada harapan untuk berubah…

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu. . insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini